Aksi Kejar Mengejar dengan polis, dua lelaki gagal seludup PATI

Aksi Kejar Mengejar dengan polis, dua lelaki gagal seludup PATI

 

PASIR MAS 1/3/2021 – Dua lelaki tempatan gagal menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas berjaya ditahan di hadapan sebuah rumah di Chenerai, Alor Pasir, di sini pada Ahad.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Bagaimanapun, anggota polis yang mengejar kedua-dua lelaki itu terpaksa bergelut sebelum dapat memberkas tekong darat berusia 20 dan 40 tahun itu.

 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, kedua-dua mereka yang positif dadah itu akhirnya berjaya dicekup polis sekitar jam 1 petang.

See also  Ratusan pelarian Rohingya lari, cuba menyusup ke Malaysia

 

“Turut ditahan ialah seorang PATI wanita warga Thailand berusia 26 tahun.

 

“Kejadian itu berlaku ketika sepasukan anggota polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya bergerak di Jalan Panglima Raja, Lemal telah ternampak sebuah kereta jenis Perodua Alza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

 

“Anggota telah meminta pemandu untuk memberhentikan kenderaan di bahu jalan tetapi tidak diendahkan dan terus memecut menghala ke arah Kelar,” katanya.

 

Menurutnya, anggota polis kemudian bertindak mengejar kenderaan tersebut sehingga ia berhenti di hadapan sebuah rumah di Kampung Chenerai, Alor Pasir.

See also  Pekerja asing lari lompat pagar enggan diperiksa

 

Beliau berkata, sejurus kenderaan itu berhenti, dua suspek telah keluar dan cuba melarikan diri.

 

Mohamad Roy berkata, ketangkasan dan ketenangan anggota polis berjaya menahan kedua-dua suspek meskipun berlaku pergelutan.

 

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan yang dinaiki suspek telah menemui seorang PATI wanita di bahagian tempat duduk belakang.

 

“Saringan ujian air kencing ke atas kedua-dua lelaki itu mendapati mereka positif dadah jenis meth, sementara wanita itu negatif,” katanya.

See also  Pusat Cuci Kereta Jalan SS 19/6C, Subang Jaya, milik PATI Bangladesh.

 

 

 

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Aksi Kejar Mengejar dengan polis, dua lelaki gagal seludup PATI " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376456
Users Today : 51
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16556
Users Last 30 days : 61945
Users This Month : 3460
Users This Year : 376455
Total Users : 376456
Views Today : 59
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24948
Views Last 30 days : 95577
Views This Month : 5224
Views This Year : 579918
Total views : 579919
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares