Baju vintaj Nike bernilai RM37,500

Baju vintaj Nike bernilai RM37,500

 

PASIR MAS – Sehelai baju-T jenama Nike terpakai atau vintaj yang bercetak gambar Geisha Official berjaya dijual pada harga RM37,500 oleh seorang peniaga bundle dari Kampung Tok Uban di sini baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Baju-T edisi terhad yang dianggarkan berusia 40 tahun itu dijual secara bidaan menerusi jualan secara langsung di Facebook milik Mohd. Suhairi Mat Daud, 40 atau Mat Yie Tok Ube.

 

Menurut Mohd. Suhairi, harga yang dibida oleh individu bernama Otai Lee disifatkan sebagai rekod tertinggi jualan setakat ini.

See also  Video@Samada satu kesilapan atau di sengajakan terlebih caj RM1.20

 

Menurutnya, dia terkejut apabila individu dari Kuala Lumpur itu sanggup membuat bidaan pada harga tersebut.

 

“Alhamdulillah, ia rezeki buat saya dan keluarga. Saya berterima kasih kepada Otai Lee yang sanggup membayar terus sebaik sahaja berjaya dalam acara bidaan itu.

 

“Orang ramai melihat baju ini sebagai sebagai kain buruk. Bagi peminat pakaian vintaj, ia sesuatu yang bernilai kerana mempunyai sejarah dan cerita yang tersendiri,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

See also  Kailan ikan masin kayangan tular lagi

 

Mohd. Suhairi memberitahu, dia akan terus menghantar pakaian itu kepada pelanggan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sekiranya melambat-lambatkan penghantaran.

 

Katanya, ini kerana, baju-T miliknya pernah hilang ketika proses penghantaran dilakukan sebelum ini.

 

“Baju Nike Geisha Official merupakan edisi terhad dan difahamkan hanya 10 helai sahaja yang berada di negara ini.

See also  Restoran Puteri milik Habsah Hassan dan Rubiah Suparman akhirnya ditutup

 

“Melihat kepada situasi itu, tidak hairan jika nilai baju-T itu boleh mencecah puluhan ribu ringgit,” ujarnya.-K!ONLINE

 

#Kosmo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Baju vintaj Nike bernilai RM37,500 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124432
Users Today : 3855
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22104
Users Last 30 days : 69777
Users This Month : 18157
Users This Year : 124431
Total Users : 124432
Views Today : 5803
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33582
Views Last 30 days : 108286
Views This Month : 27695
Views This Year : 190085
Total views : 190086
Who's Online : 13
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares