Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan

 

KLANG – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan melaksanakan operasi menyeluruh Ops Ubah Suai Ekzos bermula Isnin termasuk di kawasan perumahan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shariat berkata, tindakan lebih menyeluruh bukan sahaja melibatkan jalan raya semata-mata tetapi berubah lokasi.

 

“Kita turut memberikan tumpuan di kawasan perumahan termasuk apartmen dan flat kerana ada aduan kacau ganggu ekzos banyak melibatkan kawasan perumahan,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Bukit Raja, Klang di sini pada Isnin

See also  ???????????? ???????????????????? ???????????????????????????? menyamun kedai serbaneka

 

Beliau turut menasihatkan pemilik kenderaan sama ada motosikal atau kereta yang melakukan pengubahsuaian pada ekzos diminta mengubah kembali kepada asal bagi mengelakkan tindakan.

 

Menurutnya, pemilik kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga menyebabkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman awam boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 103 iaitu di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan)1959 (LN 170/1959).

See also  {Video Kejar Mengejar} Polis tahan lelaki lari daripada pemeriksaan, miliki dadah

 

“Individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM2,000,” katanya.

 

Dalam pada itu, operasi yang diadakan bermula jam 10 pagi itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar(JAS).

See also  [VIDEO] Polis tahan lori bawa pekerja kilang positif COVID-19

▶️Sinar Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ops Ubah Suai Ekzos diperluas ke kawasan perumahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156159
Users Today : 0
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 24554
Users Last 30 days : 79983
Users This Month : 49884
Users This Year : 156158
Total Users : 156159
Views Today :
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 37232
Views Last 30 days : 123274
Views This Month : 76551
Views This Year : 238941
Total views : 238942
Who's Online : 5
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-19
0Shares