PDRM dan JAIS selamatkan Ibu kudung sebelah kaki ditinggalkan anak di tepi jalan.

Ibu kudung sebelah kaki ditinggalkan anak di tepi jalan.

 

Syurga di bawah tapak kaki ibu, namun ada yang tewas kepada dugaan duniawi.

 

Warga emas berkenaan mempunyai ingatan yang kurang baik, namun masih berkata perkara yang baik berkenaan anaknya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Seorang warga emas yang kudung sebelah kaki telah ditemui di tepi jalan bersama kerusi roda dan beg pakaian di kawasan Kuala Langat.

 

Warga emas wanita itu didapati tidak dapat berjalan dan memakai lampin pakai buang.

 

Lanjutan itu, orang awam telah memaklumkan Lembaga Zakat Selangor, dan Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor telah hadir untuk memberi bantuan.

See also  Di mana Che Som?

 

Siasatan awal mendapati warga emas itu merupakan asnaf fakir, namun masih mempunyai waris keluarga termasuk anak-anak kandung.

 

Pihak bantuan Zakat wajar berhubung dan berusaha untuk membantu mana-mana keluarga yang mengalami kesusahan menjaga ahli keluarganya, terutamanya kes-kes yang melibatkan hubungan ibubapa dan anak-anak.

 

Oleh yang demikian, SSU telah bekerjasama dengan pihak polis untuk berhubung dengan anak-anak wanita berkenaan.

 

Pihak polis telah mengadakan sesi rundingan bersama ahli keluarga warga emas berkenaan yang pada awalnya setuju untuk hadir di Balai Polis untuk mengambil ibunya.

 

Namun begitu, anak berkenaan telah mengubah fikiran pada jam 3 pagi berikutnya dan membuat keputusan untuk menyerahkan nasib ibunya kepada budi bicara pihak polis.

See also  Motosikal Warga Emas kehabisan petrol dibantu anggota Ronda PDRM

 

Dalam satu usahasama, SSU dan pihak polis telah membuat susulan untuk berurusan dengan pihak pusat penjagaan warga emas dan hospital untuk proses saringan Covid19 dan pendaftaran ke pusat penjagaan itu.

 

Warga emas berkenaan mempunyai ingatan yang kurang baik, namun masih berkata perkara yang baik berkenaan anaknya.

 

“Dah lama acik tak jumpa anak. Anak acik baik orangnya.” kata warga emas itu kepada pegawai SSU yang menguruskan pendaftarannya ke pusat penjagaan.

 

Pihak Zakat Selangor telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Balai Polis Sri Muda, Pusat Penjagaan Warga Emas Baitul Muwaddah dan Pusat Jagaan Warga Emas SRA yang telah berusaha dari malam hingga ke hari keesokannya untuk memastikan segalanya berjalan lancar buat warga emas itu.

See also  Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PDRM dan JAIS selamatkan Ibu kudung sebelah kaki ditinggalkan anak di tepi jalan. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146643
Users Today : 3092
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21949
Users Last 30 days : 78041
Users This Month : 40368
Users This Year : 146642
Total Users : 146643
Views Today : 4381
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33438
Views Last 30 days : 119654
Views This Month : 61568
Views This Year : 223958
Total views : 223959
Who's Online : 31
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares