Siri Cerita F-team PDRM Paska Tamat Ancaman Komunis

Sumber FB ATOK ZAHRIMAN (Anggota F-Team Unit Rahsia Cawangan Khas PDRM)

 

Kes Membenteras Penyeludupan Senjatapi Dari Negara Jiran.

 

Hari ni atok buat lagi satu cerita berkenaan penglibatan Cawangan Khas @Kenny dalam usaha membanteras kegiatan jenayah, khasnya berkaitan penyeludupan senjatapi dari negara jiran Thailand. Saperti atok katakan dulu, selepas tamat perjuangan bersenjata PKM, F Team sudah tidak ada peranan melawan Komunis.

 

Oleh yang demikian tenaga F Team disalur pula untuk tujuan memerangi jenayah. Tuan Kenny sendiri telah dikeluarkan dari F Team dan dia beri jawatan baru dinamakan Penyelaras Perisikan.

 

Pemegang jawatan ini sepatutnya berpangkat Supt, namun entah mana silapnya, Kenny tidak diberi pangkat Pemangku Supt, sebaliknya hanya diberi menanggung kerja jawatan Supt. Kalau diberikan pangkat Pemangku alangkah baiknya, beliau senang2 boleh di tetapkan pangkat Supt.

 

Apa pun Kenny tak pernah kisah pasal pangkat, dia lebih pentingkan rasa seronok menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Tugas Penyelaras Perisikan ini amat sesuai bagi Kenny, dia masih berpeluang menjalan projek sama saperti dia di F Team dulu, dan dia masih berdamping rapat dengan F Team. Sebagai Penyelaras Perisikan beliau diberi tugas menyalurkan tenaga dan kepakaran yang dimiliki oleh Pasukan Rahsianya dalam Cawangan Khas untuk membenteras kegiatan jenayah berat dan terancang terutama di Kuala Lumpur.

 

Kenny amat gembira melakukan tugas ini terutama kerana dia mempunyai gandingan rapat dengan OCCI Kuala Lumpur ketika itu, Allahyarham Bakri Omar (Mantan Ketua Polis Negara) dan dengan Allahyarham DSP Bahadun OC D9 Kuala Lumpur.

 

DSP Bahadon

 

 

Kenny kagum dengan Bahadun kerana beliau seorang yang sangat berani, sangat gigih menentang jenayah berat sehingga beliau dapat jolokan Death Angel atau Malaikat Maut.

 

Selama dua tahun Kenny berganding bahu dengan Bahadun, dari 1991-92 mereka sama-sama merancang untuk menentang penjenayah bersenjata…bezanya Kenny bermain dibelakang tabir kerana dia tetap orang Cawangan Khas yang low profile sedangkan DSP Bahadun pemain watak di muka depan.

 

Kenny banyak menggunakan kepakaran Perisikan pasukan rahsianya untuk menyiasat sasaran, mengenalpasti mereka, di mana kedudukan mereka, mengekori mereka, mengetahui segala hubungan mereka, juga mengenalpasti apa perancangan mereka dan bilamasa mereka hendak melakukan jenayah…berbekalkan segala maklumat penting itu mudahlah DSP Bahadun melancarkan gerakan membasmi penjenayah bersenjata yang sangat merbahaya.

See also  Serah diri lari sekatan jalan raya

 

Dalam tahun 1991-92 sahaja Kenny dan Bahadun telah berjaya merampas 68 laras senjatapi di Kuala Lumpur

 …namun demikian semua kejayaan itu hanya Bahadun yang menempah nama sedangkan Kenny duduk di belakang tabir….Kenny tak kisah sebab dah biasa begitu sejak selama 16 tahun dalam Cawangan Khas. 

 

Perhubungan antara Kenny dengan Bahadun juga amat professional…mereka banyak bertemu secara rahsia, Kenny tidak mencampuri urusan peribadi Bahadun.

 

Setiap kali ingin berbincang Kenny akan memanggil Bahadun ke gerai Hilton annex. Kenny tidak mahu dia dikenali ramai terutama oleh anasir2 underground jenayah.

 

Sejak awal penglibatan nya dengan CID Kuala Lumpur, Kenny telah mengadakan perbincangan serious dengan Bahadun tentang cara terbaik untuk menghalang kemasukan senjatapi dari negara jiran…bilangannya terlalu banyak, kejadian rompakan bersenjata terlalu berleluasa…tindakan2 convensional yang selama ini dijalankan masih kurang memberi kesan…Kenny mula nampak jalan…cara terbaik ialah pergi kepada sumber pengedaran senjata itu sendiri…Yes pergi bersemuka dengan pengedar senjatapi itu yang bertapak di Thailand….Namun mereka itu Mafia, kehidupan mereka bergelumang senjata, perkara bunuh membunuh adalah mainan harian mereka….sanggup kah Kenny melakukannya. Lagi pun untuk apa…takkan nak warning Ketua Mafia tu…gila ke Kenny ni…

 

Kenny tak gila…dia ada perancangan bijak. Dia memulakan langkah dari Kuala Lumpur. Ketika itu Bahadun ada seorang pembekal maklumat yang menjadi runner secara kecilan menyeludup senjatapi…peranannya kecil, hanya sekali sekala diguna untuk menyeludup senjatapi.

 

Kenny mengambil kesempatan membina hubungan dengan pembekal maklumat berkenaan dari penyeludup kecilan kepada penyeludupan yang lebih besar dan dikenali di kalangan anggota underground (bukan Komunis).

 

Selepas 6 bulan pembekal maklumat ini sudah dapat meningkatkan prestasinya, dia ada hubungan terus dengan seorang pengedar senjatapi terbesar di Thailand…

 

Kenny dan Bahadun terus merancang…akhirnya mereka bersetuju menghantar pesanan kepada Ketua Mafia Thai itu, beritahu bahawa CID Malaysia hendak berjumpa dan berbincang dengannya. Wakil CID itu sanggup datang ke Thailand untuk mengadakan perbincangan…akhirnya seruan Kenny dan Bahadun diterima baik…Ketua Mafia meminta mereka datang ke Hatyai untuk bertemu…

See also  Video saat penjenayah Bob Mah Sing dan Rakannya lari keluar dari Proton Waja

 

Segala perancangan dan tindakan Kenny dan Bahadun bukanlah dibuat mengikut kehendak hati mereka berdua sahaja…pastinya mereka mendapat restu dari bos2 mereka termasuk Ketua Cawangan Khas, OCCI Tuan Bakri Omar juga Pengarah CID Dato Zaman Khan…selepas mendapat lampu hijau, mereka berdua pergi ke Hatyai….hanya mereka berdua tanpa pasukan sokongan.

 

Di Hatyai mereka pergi ke tempat rendevous yang ditetapkan…mereka ditemui oleh beberapa orang anggota underground Thai…lalu mata mereka diikat, mereka dibawa naik kenderaan tak tau pergi mana. Setelah beberapa lama, kereta berhenti, mereka dibawa turun mata masih ditutup…mereka dieskot macam orang tawanan.

 

Apabila penutup mata dibuka, Kenny dan Bahadun mendapati diri mereka berada dalam sebuah bilik sangat besar…memang layak dipanggil bilik ketua Mafia. Dalam bilik ada sebuah meja sangat besar…dan duduk di belakang meja itu pun seorang yang berbadan besar…dia seorang Thai keturunan cina. Dia berbahasa Inggeris tidak fasih…broken English…tapi ada seorang pengikutnya yang bertindak sebagai penterjemah…

 

Perasaan Kenny ketika itu…walau cuba menahan perasaan takut, dia tak dapat menahan diri dari gemuruh…jantung berdegup degap berjalan laju.

 

Namun dia tawakal akan menghadapi sebarang kemungkinan. Dia berpegang kepada kepercayaan berpantang maut sebelum ajal. Dia terus memberanikan diri…

 

Ketua Mafia menyuruh mereka duduk…Kenny memulakan bicara. Katanya dia datang dari Kuala Lumpur, datang sebagai wakil CID Malaysia. Katanya lagi CID memang mengenali dan mengetahui diri ketua pembekal senjatapi itu, juga mengenali semua runner dia yang membuat urusan membekal senjata ke Malaysia (sebenarnya Kenny tembak je berpura2 tahu).

 

Namun kedatangan beliau ke Hatyai bukan untuk cari gaduh, bukan juga untuk mengganggu perniagaan Big Bos itu…dia berhak menjual senjatapi nya kerana itu bisnes dia.

 

Kenny meminta kerjasama dari Big Bos, akan datang jika dia menjual senjatapi kepada orang Malaysia, sila maklum kepada CID. Pihak Malaysia tidak akan mengganggu penghantaran senjatapi itu, malah tidak akan menangkap runner beliau…senjatapi itu akan dibenarkan dibawa oleh runner sampai ke destinasi samada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur atau selatan tanah air.

See also  Nasihat penting dari PDRM media sosial sarang penyamun cari mangsa 

 

Big Bos mendengar dengan teliti…perbualan seterusnya berlangsung dalam bahasa Melayu Patani sebab Big Bos itu boleh bercakap Melayu. Dia nampak bersetuju, tapi masih agak ragu2 sebab dia khuatir pelanggan besarnya akan dibunuh oleh CID Malaysia. Dia memberi kata persetujuan tetapi meminta dua perkara…jangan tangkap runner dia dan kedua jangan bertindak keras sangat dengan pelanggan2nya.

 

Kenny dan Bahadun kembali ke Kuala Lumpur dengan misi tercapai. Berikutnya tindakan mereka mengawasi kemasukan senjatapi dari Thailand lebih berjaya kerana mendapat tip-off dari pembekal.

 

Mengenai perjalanan senjatapi sampai ke tangan pembeli mudah diketahui sebab runner di Malaysia adalah dibawah kawalan Kenny dan Bahadun.

 

Tindakan eksekutif terhadap sasaran biasanya Kenny serah kepada Bahadun kerana dia mempunyai tenaga yang cukup dan berupaya. Dengan demikian sejak itu Bahadun lebih hebat digelanggang menghancurkan geng2 perompak bersenjata sehingga dia gelar Malaikat Maut.

 

Namun, Kenny menyedari pihak pengedar senjatapi dari Thailand itu bukan memberi kerjasama seratus peratus…dia hanya tip-off kes yang kecil2.

 

Kes pembelian senjata berskala besar dia sorok kerana dia tidak mahu kerugian bisnes.

 

Untuk makluman, dalam negara kita ada beberapa sindiket besar menyeludup senjatapi…mereka menyeludup bukan setakat untuk dijual kepada pelanggan gangster tempatan, mereka juga ada pelanggan dari luar negara.

 

Modes Operandi yang digunakan… pelanggan luar negara datang naik kapal, mereka berlabuh di perairan Malaysia, selalunya di Pulau Pinang.

 

Penyeludup Malaysia akan membawa senjatapi yang dipesan menaiki bot nelayan, mereka menghampiri kapal yang berlabuh dan menyerahkan senjatapi di tengah laut.

 

Atok ada satu lagi cerita mengenai pembenterasan penyelupan senjatapi skala besar yang berlaku di Pulau Pinang…kita sambung kemudian hari.

 

Nukilan Zahriman Alias

28 Feb 2021.

 

#atokzahrimanbercerita

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Siri Cerita F-team PDRM Paska Tamat Ancaman Komunis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372180
Users Today : 795
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15492
Users Last 30 days : 64615
Users This Month : 61198
Users This Year : 372179
Total Users : 372180
Views Today : 1179
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23205
Views Last 30 days : 99531
Views This Month : 94317
Views This Year : 573383
Total views : 573384
Who's Online : 17
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares