Tular video lelaki Maki Polis sebab tiada surat kebenaran rentas negeri

Tular video lelaki mahu rentas negeri maki polis

 

SEBERANG PERAI – Satu video yang memaparkan seorang lelaki membalas pertanyaan polis sambil melemparkan kata-kata kesat yang tular di media sosial hari ini dilaporkan berlaku di sekatan jalan raya (SJR) di Nibong Tebal baru-baru ini.

 

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, pihaknya telah mengambil tindakan terhadap suspek pada 18 Februari lalu sebelum video berkenaan tular.

 

Menurutnya, ketika kejadian, anggota dari Balai Polis Nibong Tebal telah menahan sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun yang mahu merentas negeri kira-kira pukul 5 petang.

See also  Dua jam pujuk wanita turun dari pokok kundang

 

“Selepas pemeriksaan, dia tidak mempunyai kebenaran untuk merentas negeri semasa melalui SJR.

 

“Lelaki itu didapati bergerak dari Butterworth (daerah Seberang Perai Utara) hendak ke Bagan Serai, Perak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

 

Beliau berkata, ketika diminta menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu, lelaki berkenaan telah membaling kad-kad tersebut ke arah anggota polis yang bertugas.

See also  Lelaki masalah mental berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledar

 

“Disebabkan itu, anggota terus menahannya kerana bertindak kasar, tidak memberi kerjasama dan menghalang petugas menjalankan tugas SJR.

 

“Semasa proses tangkapan hendak dilaksanakan, dia telah mengeluarkan perkataan kasat kepada anggota polis dan ditahan selepas itu,” katanya.

 

Sementara itu, Chong Chern berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berkenaan mempunyai rekod rawatan (sakit) mental di Hospital Taiping, Perak sehingga kini.

 

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – K! ONLINE

See also  [Video]Bunyi Tangisan bayi masih bertali pusat dalam bakul pakaian
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tular video lelaki Maki Polis sebab tiada surat kebenaran rentas negeri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146028
Users Today : 2477
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21334
Users Last 30 days : 77426
Users This Month : 39753
Users This Year : 146027
Total Users : 146028
Views Today : 3402
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32459
Views Last 30 days : 118675
Views This Month : 60589
Views This Year : 222979
Total views : 222980
Who's Online : 56
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares