Assalamualikum, Dari 27/2/2021 terjumpa pak cik ni di Highway Bagan Ajam Butterworth. Hari ni jumpa lagi Pakcik ini di Penang Sentral.
Pakcik ini bernama Sobri bin Mohd Syarif umur 56 tahun no kad pengenalan lama 4920628.
Pakcik Sobri mengikut ceritanya dari Alor Setar Kedah Kampung Tongkang Yard. Datang ke Butterworth katanya untuk mencari Kakak dan Adik perempuannya.
Kakak bernama Zaleha bt Mohd Syarif kakak umur 58 tahun dan adik perempuannya Zuraida bt Mohd syarif umur 54 tahun

Pakcik sobri kata kakaknya yang berada di Pintas Tenggri Seberang Jaya. Beliau tidak ingat alamat penuh.
Lokasi terakhir jumpa pakcik ini di Penang Sentral.
Mohon kepada waris kepada Pak Cik Sobri dapat segera datang mengambil beliau. Kesihatan beliau tidak begitu baik, kepenatan, mengalami sakit mata dan tiada tempat untuk berteduh.
Ya Allah kasihanilah Pakcik ini.
Sahabat2 sekalian minta kerjasama komgsi info ini supaya sampai ke pengetahuan waris pakcik Sobri yang berkenaan dengan kadar segera.
Kredit:own amirul
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pakcik 56tahun mencari kakak dan adik " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.