Penunggang motosikal maut akibat rempuhan berkelajuan tinggi

Penunggang motosikal maut rempuh dua kenderaan

 

KLUANG – Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 84.3 Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam, Simpang Renggam di sini hari ini.

 

 

Dalam kemalangan pada pukul 5.50 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Ridzuan Abdullah, 43, maut serta-merta di lokasi kejadian.

 

“Polis menerima panggilan daripada orang awam mengatakan satu kemalangan telah berlaku dua kereta dan sebuah motosikal.

See also  Siasat Awal Van rempuh kanak-kanak disyaki kenderaan persendirian 

 

“Hasil siasatan awal mendapati, jenis kereta pacuan empat roda dari arah Machap menghala ke Simpang Renggam manakala motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Katanya, sampai di tempat kejadian, pacuan empat roda itu membelok ke kanan untuk masuk ke sebuah kilang dan bertembung motosikal mangsa lalu melanggar Proton Ixora yang berada di tepi jalan .

 

See also  #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus

“Penunggang meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

 

“Polis menahan pemandu pacuan empat roda dikenali sebagai Tan Hung Yee, 31, dan hasil ujian urin mendapati negatif penyalahgunaan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

 

Sementara itu, kejadian itu tular di media sosial termasuk video kemalangan yang berjaya dirakam dari Proton Ixora berkenaan. – K! ONLINE

See also  Keperihatinan Polis dan Tentera, tidak sangka tular

 

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

1 Mac 2021, 9:23 pm

Video/gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penunggang motosikal maut akibat rempuhan berkelajuan tinggi " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385640
Users Today : 1718
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17403
Users Last 30 days : 60956
Users This Month : 12644
Users This Year : 385639
Total Users : 385640
Views Today : 2633
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25799
Views Last 30 days : 92932
Views This Month : 18718
Views This Year : 593412
Total views : 593413
Who's Online : 1
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares