Perakam punggung wanita dalam pasar raya ditahan

Perakam punggung wanita dalam pasar raya ditahan

 

Sungai Petani: 2/3/2021  Pekerja pendawaian ditahan kerana disyaki merakam video punggung wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah pasar raya, di sini, kelmarin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, laporan polis dibuat oleh seorang wanita iaitu mangsa pertama berusia 28 tahun pada 9 malam hari kejadian.

 

Beliau berkata, mangsa memaklumkan dia mendapati seorang lelaki memerhatikan gerak-gerinya dan merakam gambar ke arahnya.

See also  {Video Tular} Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri

 

“Ketika itu, wanita terbabit bersama dua anaknya sedang memilih barangan dan rasa seperti ada orang di belakang, namun dia bersama suaminya memerhatikan dari jauh sebelum mendapati suspek merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita di situ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Adzli berkata, selain itu, mangsa ternampak suspek turut menyelak kain seorang wanita menggunakan kakinya menyebabkan dia pergi ke arah suspek berusia 27 tahun dan merampas telefon bimbitnya.

See also  Lebam mata ditumbuk warga asing,tegur tak pakai pelitup muka

Menurutnya, mangsa melihat beberapa video yang berjaya dirakam lelaki itu dan suspek mendakwa memadam video terbabit.

 

“Mangsa memberitahu perkara itu kepada pengurusan pasar raya terbabit, manakala suaminya menghubungi polis sebelum suspek berjaya ditahan untuk siasatan.

 

“Polis turut menerima laporan daripada mangsa kedua yang juga suri rumah berusia 39 tahun berhubung kejadian dan siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah,” katanya.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK).

See also  Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Perakam punggung wanita dalam pasar raya ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148739
Users Today : 346
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 24045
Users Last 30 days : 80137
Users This Month : 42464
Users This Year : 148738
Total Users : 148739
Views Today : 466
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36752
Views Last 30 days : 122968
Views This Month : 64882
Views This Year : 227272
Total views : 227273
Who's Online : 18
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares