Rider FoodPanda tergamam dapat tip penghantaran RM1,000.
Manusia masing-masing melalui dugaan hidup, semoga dipermudahkan dan diberi keberkatan.

Rider FoodPanda merupakan antara ruang sedekah buat pelanggan kepada frontliner. Pasti ramai di kalangan kita yang semakin terbiasa melihat rider mengharungi panas, hujan dan letih demi upah penghantaran.
Peluang sedekah diambil salah satu pelanggan, dan rider itu terkejut apabila satu pesanan biasa telah membawa rezeki tak diduga kepadanya.
Dikongsikan di kalangan rider lain, Muhammad Faris Faizul, 28, berkata dia terharu apabila salah satu pelanggannya telah memberi upah RM1,000 untuk penghantaran makanan semalam.

Wang itu di dalam sampul dan diletakkan di bawah mangkuk untuk diambil Muhammad Faris selepas menghantar makanan pelanggan itu.
“Alhamdulillah, rezeki petang tadi, terkejut macam nak melompat dari moto pun ada tadi. Terharu dan rasa sedih, syukur dan gembira pun ada.” kata Muhammad Faris dalam kongsiannya.
“Sebab tak jangka nilai yang diberi sebanyak tu. Selalu jugak customer bagi tip dalam sampul ni, cuma kali ni terkejut bila bukak sampul tu.” katanya lagi.
Muhammad Faris turut kongsikan perbualannya dengan pelanggan itu. Pada awalnya, dia sangsi dengan pemberian sebegitu besar dan telah berhubung semula dengan pelanggan itu.
Namun begitu, pelanggan itu memang berniat menyerahkan sampul berisi RM1,000 itu kepada rider yang menghantar makanannya, dan meminta agar Muhammad Faris dapat mendoakannya.
“Mohon kawan-kawan riderku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dengan izin Allah SWT, in sha Allah.” kata Muhammad Faris dalam kongsian itu.
Dalam pada itu, Muhammad Faris berkata yang dia berniat untuk sedekahkan sebahagian duit itu kepada anak yatim agar pahala pemberi itu dapat dipanjangkan.
“Memang ada pelanggan yang bagi tip sebelum ni tapi belum pernah lebih RM50. Saya pun bukan mengharap sangat sebab memang dah tugas saya untuk buat penghantaran.” katanya.
“Saya belum usik lagi wang itu tetapi ada terfikir untuk sedekahkan sebahagiannya kepada anak yatim dan golongan kurang bernasib baik kerana mahu pahala pelanggan itu berpanjangan.
“Siapa tahu, dengan sedekah itu, Allah makbulkan impian wanita itu untuk mendapat zuriat seperti yang diharapkan,” katanya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Rider FoodPanda tergamam dapat tip penghantaran RM1,000. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.