Pada hari ini 1 Mac 1933 tahun lalu, 25 orang anak Melayu berbaris untuk memulakan latihan tentera sebagai percubaan. Mereka dipilih dari seramai 1000 yg memohon.

Cadangan untuk menubuhkan tentera dari anak tempatan telahpun disuarakan seawal tahun 1913 oleh pembesar Melayu. Tetapi cadangan tidak dilayan oleh pihak Inggeris kerana takut anak Melayu akan memberontak seperti Bahaman dan lain2 penentang penjajah.

Inggeris lebih rela membawa masuk tentera dari India. Pada tahun 1929 apabila Empayar British di Asia dilanda kemelesetan ekonomi, British mula melihat beban yg akan ditanggong jika terus mengekalkan tentera India di Tanah Melayu. Mereka mula berminat untuk menubuhkan tentera dari anak tempatan.

Akhirnya pada Sept 1931, Gabenor Negeri-Negeri Selat telah memberikan arahan supaya persiapan ke arah penubuhan tentera percubaan dari anak tempatan dibuat. Di sini perjuangan Raja2 dan pembesar Tanah Melayi sejak tahun 1913 untuk penubuhan tentera anak watan terhasil setelah 20 tahun terpendam.

25 anak watan berbaris gagah di kem di Port Dickson untuk dilatih menjadi satria negara. Mereka berjaya dalam latihan itu hingga menyebabkan tiga lagi pengambilan dibuat pada tahun yg sama. Mereka dikenali sebagai Askar Melayu. Pada ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, Askar Melayu sudah mempunyai 2 batalion.

Kepada seluruh anggota tentera darat, selamat menyambut hari ulangtahun Tentera Darat yg ke 88

Credit @yusof abdullah

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 1933 Bermulanya Angkatan Tentera Melayu Moden " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares