‘Datuk Seri’ ugut memporak-perandakan polis – Ayob Khan

‘Datuk Seri’ ugut memporak-perandakan polis – Ayob Khan

 

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki mengaku Datuk Seri ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Khamis lalu.

 

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata Datuk Seri berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berusia 41 tahun kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu, selepas mangsa membuat laporan polis.

See also  Ketua Polis Viral

 

“Kes ini bermula Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk Datuk Seri berkenaan.

 

“Datuk Seri itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya sebelum mangsa membuat laporan polis.

 

“Susulan itu, polis menahan kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri di sekitar kawasan Masai kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu.

 

“Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata ‘kalau tuan tangkap saya, saya akan porak-perandakan semua balai polis dan hidup tuan’,” katanya.

See also  4 lelaki provokasi polis kena buat kerja amal dua bulan

 

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf.

 

“Semakan rekod Datuk Seri juga mendapati dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar 1980-an serta 1990-an.

 

“Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa,” katanya.

See also  Pemilik Mercedes-Benz guna lampu strob dicari

 

Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

 

▶️Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 'Datuk Seri' ugut memporak-perandakan polis - Ayob Khan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149952
Users Today : 1559
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22454
Users Last 30 days : 79674
Users This Month : 43677
Users This Year : 149951
Total Users : 149952
Views Today : 2158
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33823
Views Last 30 days : 121983
Views This Month : 66574
Views This Year : 228964
Total views : 228965
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares