Lelaki tunjuk ‘pistol’ marah dihon pemandu wanita

Lelaki tunjuk ‘pistol’ marah dihon pemandu wanita

 

Petaling Jaya: Akibat marah dihon oleh pemandu wanita, seorang lelaki bertindak mengacukan ‘pistol’ ke arah mangsa dalam kejadian di Damansara Damai, di sini, Isnin lalu.

 

 

Bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 32 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis di sebuah rumah di Bandar Sri Damansara, 12.05 tengah malam tadi.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan kejadian daripada wanita berusia 36 tahun yang juga pemandu e-hailing.

See also  Empat lelaki ditahan gaduh di restoran Cheras

 

“Dalam kejadian 3.15 petang kelmarin, mangsa yang memandu Perodua Aruz dalam perjalanan mengambil penumpang di Damansara Damai dan membunyikan hon kepada kereta Proton Wira yang bergerak secara teragak-agak di hadapannya.

 

“Akibatnya, pemandu kereta itu menunjukkan objek menyerupai pistol melalui tingkap kereta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Beliau berkata, berdasarkan risikan sepasukan polis menyerbu sebuah rumah dan menahan seorang lelaki yang disyaki terbabit kejadian itu.

See also  Video✓✓Pengasuh Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Autisme – Polis

 

Katanya, pemeriksaan menemui sepucuk pistol mainan berwarna hitam bertulis ‘Made in China’ berserta kelopak peluru di pinggang suspek.

 

“Hasil soal siasat suspek mengaku menunjukkan pistol itu disebabkan marah kepada mangsa yang membunyikan hon terhadapnya.

 

“Semakan lanjut mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya.

 

Katanya, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

See also  {VIDEO} Wanita mabuk langgar dua motosikal

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki tunjuk 'pistol' marah dihon pemandu wanita " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385618
Users Today : 1696
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17381
Users Last 30 days : 60934
Users This Month : 12622
Users This Year : 385617
Total Users : 385618
Views Today : 2601
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25767
Views Last 30 days : 92900
Views This Month : 18686
Views This Year : 593380
Total views : 593381
Who's Online : 12
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares