Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM

 

Mac 3, 2021

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tiga nelayan Vietnam menceroboh perairan negara cedera terkena serpihan tembakan selepas cuba menyerang anggota penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 80 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Pahang, pagi semalam.

 

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Amran Daud berkata, kejadian berlaku 5.25 pagi apabila anggota Maritim menghampiri bot mereka untuk menjalankan siasatan.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kapal Maritim, KM Satria sedang melakukan rondaan apabila terserempak dengan dua bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara.

See also  Kementerian siasat kilang didakwa rasis di Ipoh

 

“Menyedari kehadiran kapal kami, kedua-dua bot terbabit melarikan diri dan kami mengambil masa tiga jam sebelum berjaya memintas bot terbabit.

 

Ketika menghampiri salah sebuah bot nelayan asing terbabit untuk membuat pemeriksaan, nelayan Vietnam terbabit yang bersenjatakan parang dan objek keras bertindak menyerang anggota kami,” katanya di Kemaman.

 

 

Bagi mempertahankan diri, anggota Maritim melepaskan beberapa das tembakan amaran ke udara, namun nelayan Vietnam itu masih bertindak ganas.

 

Dalam situasi tegang itu katanya, anggota tiada pilihan dan terpaksa melepaskan tembakan amaran ke arah bot itu bagi menghentikan tindakan ganas nelayan terbabit, namun serpihan tembakan terkena dan mencederakan tiga nelayan termasuk tekong bot terbabit.

See also  Lagi Hotel Yang Menawarkan Aktiviti Pelacuran Diserbu DBKL

 

“Bot serta 19 awak-awak nelayan asing itu ditahan dan ditangkap sekitar jam 8.55 pagi semalam dengan keseluruhan hasil rampasan dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya.

 

Amran berkata, tiga nelayan yang cedera itu dibawa menaiki bot KILAT 49 pada 11.45 malam dan tiba di Jeti PPM Kuantan pada 12.15 tengah malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan HTAF, Kuantan, untuk menerima rawatan.

See also  Kepulangan Orang Terakhir Pelarian bot Vietnam

 

“Bot yang ditahan beserta awak-awak dibawa masuk ke jeti Pangkalan Maritim Kemaman kira-kira jam 12 tengahari tadi untuk siasatan lanjut.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiga Nelayan Vietnam Cedera Terkena Serpihan Tembakan Selepas Cuba Serang Anggota APMM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

133158
Users Today : 1553
Users Yesterday : 1551
Users Last 7 days : 20470
Users Last 30 days : 69173
Users This Month : 26883
Users This Year : 133157
Total Users : 133158
Views Today : 2465
Views Yesterday : 2577
Views Last 7 days : 31808
Views Last 30 days : 108150
Views This Month : 41784
Views This Year : 204174
Total views : 204175
Who's Online : 1
Your IP Address : 35.172.223.251
Server Time : 2022-08-11
0Shares