Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE
Kuala Lumpur: Lori membawa jengkaut yang terlanggar perancah besi pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak, di sini, hari ini, tidak terbabit dalam projek pembinaan itu.

SUKE dalam kenyataan berkata, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemaju bagi projek pembinaan SUKE mengesahkan terdapat satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE, hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati lori itu tidak terbabit dalam pembinaan lebuh raya SUKE.
“Kemalangan berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan menyebabkan kesesakan trafik yang teruk.
“Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan,” katanya.
Katanya, pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, diberitakan sebuah van bersama 5 orang penumpang terperangkap dibawah runtuhan konkrit. Kerja kerja menyelamat sedang dijalankan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}}Lori terlanggar jejambat bukan milik SUKE " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.