Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu” –

“Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu”

 

 

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan, begitulah lumrah kehidupan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kesedihan dirasai seorang pemuda apabila rakan sekerjanya yang merupakan warga Jepun bakal pulang ke kampung halaman setelah khidmatnya di Malaysia berakhir.

 

“Antara staf Jepun yang baik sangat dengan aku,” tulisnya menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok.

 

Pemuda itu, Taufik Ahmad berkata, rakan setugasnya, Shotaro Nakatsu, 26, tiba di Malaysia pada 2018 untuk terlibat dalam projek penambakan tanah dan pembinaan jeti di Pengerang, Johor.

 

Nakatsu berasal dari Osaka, Jepun.

 

Juruukur bahan itu memberitahu, rakannya yang lebih dikenali sebagai Nakatsu bukanlah pekerja pertama dari Jepun yang berkhidmat untuk projek tersebut.

 

“Selalu juga bertukar ganti pekerja dari Jepun mengikut setiap fasa sejak projek bermula pada 2012. Cuma Jepun sebelum ini sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, malah antara mereka boleh bercakap dalam bahasa Indonesia yang kami masih boleh faham.

 

“Nakatsu pula satu-satunya pekerja Jepun yang sampai Malaysia tak boleh berbahasa Inggeris, apatah lagi cakap bahasa Melayu. Jadi komunikasi agar sukar ketika itu dengan Nakatsu,” katanya  sambil menambah rakannya itu dijadualkan pulang ke Jepun awal bulan ini.

See also  Kenapa telur tidak diminati sedang khasiatnya sangat bagus untuk otak

 

Nakatsu (dua, kiri) begitu disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya. Turut serta Taufik (duduk, tiga dari kanan)

 

Taufik yang berusia 33 tahun berkata, Nakatsu yang bertugas sebagai jurutera perlu turun padang di tapak projek dan berurusan dengan pekerja-pekerja dalam kalangan orang tempatan.

 

“Saya sendiri sebelum ini berdepan masalah dengan Nakatsu bila dia nak saya order bahan-bahan, memang tak faham. Mula-mula tu dia banyak melukis untuk bagi kami faham.

 

“Ada juga pekerja asing lain seperti dari Filipina dan Indonesia. Jadi, Nakatsu perlu belajar bahasa Inggeris selain bahasa Melayu untuk memudahkan komunikasi antara kami,” ujarnya yang juga berasal dari Pengerang.

 

Dalam tempoh hanya beberapa bulan mempelajari bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, katanya, Nakatsu sudah mula berkomunikasi dengan rakan-rakan dalam kedua-dua bahasa itu sedikit demi sedikit.

See also  Kasihannya Kuning telor sentiasa dibuang akibat berpegang dengan fakta salah

 

Nakatsu (kiri) seorang yang mudah dibawa berbincang.

 

“Nakatsu ni rajin, dia banyak belajar daripada kamus dan banyak soal jawab dengan kami. Menariknya, sebab dia bergaul dengan penduduk tempatan, jadi dia lebih banyak menggunakan perkataan yang jarang diguna pakai orang di bandar seperti alamak, adoi dan kantoi.

 

“Semasa majlis perpisahan Nakatsu, dia beri ucapan dalam bahasa Melayu dan cara dia cakap sempoi habis walaupun baru lebih dua tahun berada di Malaysia,” kata Taufik yang berkhidmat dengan syarikat pembinaan sejak sembilan tahun lalu.

 

Paling saya suka tentang Malaysia sudah tentu keperibadian orangnya. Saya suka awek Melayu sebab mereka selalu senyum.

 

SHOTARO NAKATSU

 

Menyifatkan Nakatsu sebagai rakan yang peramah, mudah untuk dibawa berbincang dan baik hati, Taufik berhasrat untuk berkunjung ke Jepun buat pertama kali bagi bertemu dengan rakannya itu setelah pandemik Covid-19 berakhir.

 

Sementara itu, Nakatsu yang berasal dari Osaka secara ringkas memberitahu dia akan merindui rakan-rakan sekerja yang dikenalinya di Malaysia selama beberapa tahun.

See also  1933 Bermulanya Angkatan Tentera Melayu Moden

 

Nakatsu mengucapkan selama tinggal menerusi video TikTok.

 

“Pengalaman yang paling saya tak dapat dilupakan sepanjang berada di Malaysia apabila saya boleh cakap bahasa kawan-kawan, saya rasa gembira.

 

“Paling saya suka tentang Malaysia sudah tentu keperibadian orangnya. Saya juga menyukai masakan Malaysia seperti karipap dan mi goreng,” katanya.

 

Menurut Nakatsu, kebolehannya untuk bertutur dalam bahasa Melayu membuatkannya akan membawa kenangan itu apabila pulang ke kampung di negara matahari terbit itu.

 

“Saya tak mahu lupa bahasa Melayu. Bila balik Jepun, saya nak cari awek Melayu. Saya suka awek Melayu sebab mereka selalu senyum,” katanya.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu” - " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146225
Users Today : 2674
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21531
Users Last 30 days : 77623
Users This Month : 39950
Users This Year : 146224
Total Users : 146225
Views Today : 3672
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32729
Views Last 30 days : 118945
Views This Month : 60859
Views This Year : 223249
Total views : 223251
Who's Online : 47
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares