Dua wanita maut 3 cedera insiden treler langgar perancah projek SUKE

Dua wanita maut, makala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

 

Berita Awal

https://alhadi.my/2021/03/03/videolori-terlanggar-jejambat-bukan-milik-suke/

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

 

“Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

See also  Remaja OKU mangsa pukul trauma, sangka sudah mati

 

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.

 

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

 

Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.

See also  Ngeri Video Lelaki maut terjatuh dari tingkat 12

 

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.

See also  Langgar lampu merah, kereta rempuh motosikal

 

Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua wanita maut 3 cedera insiden treler langgar perancah projek SUKE " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155708
Users Today : 498
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24103
Users Last 30 days : 79532
Users This Month : 49433
Users This Year : 155707
Total Users : 155708
Views Today : 818
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36330
Views Last 30 days : 122372
Views This Month : 75649
Views This Year : 238039
Total views : 238040
Who's Online : 3
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares