OP KHAS BUNYI BISING OLEH BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IPD KUALA KRAI
Kuala Krai, 2 Mac 2021 – Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Krai telah mengadakan satu operasi yang dinamakan Op Khas Bunyi Bising di kawasan pentadbiran Kuala Krai.

Operasi diketuai oleh Inspektor Mohd Hasrul Bin Che Pa, Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Krai bersama (4) anggota.
Dalam operasi tersebut sebanyak (66) buah kenderaan telah diperiksa dan (19) keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antaranya ialah kesalahan ubahsuai ekzos, no plat tidak mengikut peraturan, LKM tamat tempoh dan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Operasi dijalankan bertujuan untuk mengingatkan pemandu kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan lalulintas yang telah ditetapkan.


▶️IPD KUALA KRAI
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " OP KHAS BUNYI BISING IPD KUALA KRAI " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.