{Video} Aksi Harimau Dahan cari makan depan rumah

Harimau Dahan cari makan depan rumah

 

Lenggong: Kelibat seekor harimau dahan di hadapan sebuah rumah di Taman Kota, Kampung Lahar dekat sini, kira-kira jam 2 pagi hari ini, membimbangkan penduduk untuk untuk keluar bekerja.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK), Kampung Lahar Bahari Ismail berkata, kelibat harimau yang sedang menghidu sesuatu beberapa meter di hadapan rumah itu sempat dirakam tuan rumah dan isterinya.

 

“Video berdurasi 51 saat itu jelas menunjukkan aksi haiwan pemangsa terbabit.

See also  LELAKI VIETNAM SIMPAN, JUAL HIDUPAN LIAR MALAYSIA DIBERKAS

 

“Harimau itu kemudiannya masuk ke hutan tidak jauh daripada rumah berkenaan,” katanya.

 

Menurut Bahari, ia mungkin harimau sama yang pernah dilihatnya tahun lalu, juga pada waktu malam dan pada musim kemarau seperti ketika ini.

 

Katanya, mungkin harimau terbabit kelaparan menyebabkannya keluar dari hutan untuk mencari makanan.

 

Perkara terbabit kemudiannya dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan.

See also  Kemusnahan kawasan hutan mencetuskan konflik serius kehidupan haiwan liar dan manusia.

 

“Penduduk berharap harimau itu dapat ditangkap dan dipindahkan ke lokasi lain,” katanya.

 

Usaha untuk menemubual individu yang merakam video berkenaan bagaimanapun gagal kerana individu berkaitan tiada di lokasi.

 

Sementara itu, Pengarah Perhilitan, Yusoff Shariff ketika dihubungi berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai kehadiran haiwan itu dan mengenal-pastinya sebagai harimau berdasarkan rakaman video berkenaan.

 

“Kakitangan Perhilitan Hulu Perak sudah memasang perangkap untuk menangkap harimau terbabit,” katanya.

See also  4 April Sambutan Hari Haiwan Jalanan Sedunia

 

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Video} Aksi Harimau Dahan cari makan depan rumah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139454
Users Today : 630
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21583
Users Last 30 days : 74110
Users This Month : 33179
Users This Year : 139453
Total Users : 139454
Views Today : 844
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33492
Views Last 30 days : 114659
Views This Month : 51234
Views This Year : 213624
Total views : 213625
Who's Online : 27
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares