{Videoo} Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah

Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah

 

KUALA PILAH: Seekor harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram sekali lagi masuk ke dalam perangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan yang dipasang di Kampung Ulu Nuri, Johol, di sini, semalam.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Menurut Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, pihaknya memasang perangkap berkenaan sebaik sahaja menerima aduan daripada penduduk yang membuat aduan seekor kambing miliknya diterkam harimau kumbang pada 22 Februari lalu.

 

See also  Kera yang disyaki diracun di Jalan Bukit Kukus, Hadapan Blok 16, Grand View, Ayer Itam, Pulau Pinang

“Pagi semalam kira-kira pukul 9 pagi, kami menerima maklumat daripada penduduk berkenaan iaitu lelaki berusia 33 tahun terdapat seekor harimau kumbang sudah masuk ke dalam perangkap yang diletakkan pada 23 Februari lalu.

 

“Pemeriksaan kesihatan mendapati harimau kumbang tersebut berada dalam keadaan sihat dan akan dilepaskan ke habitat asalnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Pada pertengahan bulan Disember tahun lalu, pihak Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan turut berjaya menangkap seekor harimau kumbang jantan di Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, dekat sini yang tidak lama kemudian dilepaskan semula ke habitat asal.

See also  Sembilan anjing mati dipercayai diracun

 

Sementara itu, Wan Mat berkata, operasi tangkapan berkenaan melibatkan kakitangan daripada Jabatan Perhilitan Daerah Gemas, Jabatan Perhilitan Daerah Jempol dan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan.

 

Menurutnya, pihak berharap kejayaan tangkapan harimau kumbang berkenaan diharap dapat memberikan kelegaan kepada penduduk kampung di sekitar lokasi tangkapan tersebut.

 

“Kami telah menggunakan umpan kambing yang diletakkan penduduk dan dalam tempoh sembilan hari harimau kumbang berkenaan telah masuk ke dalam perangkap yang disediakan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

See also  Video ✓✓ Atan Kerteh Sihat dan aktif

 

 

 

Oleh NOR AINNA HAMZAH

4 Mac 2021, 8:31 pm

 

 

Video/gambar PERHILITAN/media

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {Videoo} Harimau kumbang masuk perangkap lagi di Kuala Pilah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155707
Users Today : 497
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24102
Users Last 30 days : 79531
Users This Month : 49432
Users This Year : 155706
Total Users : 155707
Views Today : 812
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36324
Views Last 30 days : 122366
Views This Month : 75643
Views This Year : 238033
Total views : 238034
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares