Hanya mampu beri anak autisma minum susu manis

Hanya mampu beri anak autisma minum susu manis

Mersing: “Sudah lama tiada orang panggil kemas rumah menyebabkan duit untuk beli makanan pun tak ada,” kata Siti Asmahul Husnah Maarof, 27, dari Kampung Mersing Kanan di sini.

Bagi yang ingin membantu, boleh hubungi Siti Asmahul Husnah di talian 014-924 8227 atau menyumbang terus melalui akaun Bank Islam 0109 60202 89743.

Katanya, sebelum ini dia dan suami, Muhamad Firdausi Nasaruddin, 33, menerima upah mengemas rumah penduduk sekitar dengan bayaran antara RM30 hingga RM50 untuk menyara keluarga.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Namun, disebabkan pandemik Covid-19, dalam sebulan suaminya hanya menerima dua kerja sekali gus menjadikan kehidupan sentiasa bergelut kesempitan wang untuk perbelanjaan keluarga empat beranak itu.

 

Menurut Siti Asmahul Husnah, oleh kerana tiada pendapatan, dia terpaksa memberikan anak sulungnya yang menghidap autisme, Muhammad Furqan Dzulkarnain, 8, minum susu manis.

See also  Gadis bakal duduki SPM rindu Bapa Kandung mesej pun sekadar 'SEEN' sahaja

 

Katanya, lebih memburukkan keadaan dia tidak dapat membantu suaminya membuat pekerjaan itu akibat mengalami penyakit gangguan kebimbangan (anxiety disorder) dan kemurungan.

 

“Selepas empat bulan mengandungkan anak kedua, Muhammad Arjuna Muttaqin yang kini usianya dua bulan, suami mula bekerja seorang.

 

“Tidak banyak upah yang dia dapat kerana pandemik Covid-19 sedangkan perbelanjaan bulanan yang diperlukan sekurang-kurangnya RM700.

 

“Pergerakan kami terhad kerana kalau mahu ke kedai, suami akan pinjam motosikal jiran. Jika rawatan Furqan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, kami perlu menaiki bas,” katanya yang kini mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di sini, selain kebergantungan kepada tiga jenis ubat dan sesi kaunseling.

See also  Remaja 20 Tahun Tanpa Sejarah Penyakit Antara 63 Kes Kematian Covid-19

 

Menurutnya, disebabkan tidak boleh tertekan kerana mudah menggigil dan gelisah, malah terlalu bimbang dengan orang yang tidak dikenali, suaminya terpaksa menumpukan perhatian kepada keluarga.

 

“Furqan yang sentiasa agresif itu pernah cedera lutut kanan ketika usianya empat tahun, selain memerlukan perhatian sepenuhnya daripada suami.

 

“Selepas menjalani pembedahan dan fisioterapi, Furqan boleh berjalan semula,” katanya Furqan turut menerima bantuan kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM150 sebulan.

 

Kata Siti Asmahul Husnah, selain penduduk setempat, ahli keluarga turut sering menghulurkan bantuan sekadar yang mampu.

 

Dalam pada itu, Siti Asmahul Husnah dan suami kini sedang berusaha mendapatkan bantuan pakar psikiatri di Johor Bahru kerana dia mengharapkan terapi berbanding kebergantungan dengan ubat.

See also  Hilang kerja serentak, 4 beranak tinggal di bangsal

 

Sementara itu, Pegawai Pentadbiran Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Nasir Ishak berkata, Muhamad Firdausi pernah membuat permohonan pada 2018 namun gagal.

 

Katanya, pihaknya menasihatkan Muhamad Firdausi membuat permohonan baharu untuk dipertimbangkan.

 

Bagi yang ingin membantu, boleh hubungi Siti Asmahul Husnah di talian 014-924 8227 atau menyumbang terus melalui akaun Bank Islam 0109 60202 89743.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hanya mampu beri anak autisma minum susu manis " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370164
Users Today : 1927
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14345
Users Last 30 days : 65570
Users This Month : 59182
Users This Year : 370163
Total Users : 370164
Views Today : 2668
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21438
Views Last 30 days : 101048
Views This Month : 91215
Views This Year : 570281
Total views : 570282
Who's Online : 25
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares