Lagi warga Bangladesh peralat rakyat tempatan

Lagi warga Bangladesh memperisterikan wanita  tempatan untuk tujuan penyeludupan

 

.KUALA LUMPUR – Kisah taktik warga Bangladesh mempergunakan isi warga tempatan menjalankan sindiket penyeludupan sejak 15 tahun lalu terus terbongkar di Ipoh baru-baru ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Warga Bangladesh guna nama isteri jual ubat seludup, tiruan

Antaranya mereka membawa barangan masuk ke negara ini tanpa membayar cukai, tiada lesen import, ubat-ubatan import tanpa berdaftar dan banyak lagi kesalahan lain.

 

Malah lelaki warga Bangladesh itu dikatakan menghasilkan rokok tiruan (chewing tobacco), akij beedi (curut) dari India serta menjualnya secara haram, terutama untuk pelanggan warga India dan Bangladesh.

 

Apa yang lebih membimbangkan, suspek juga terlibat dengan pengedaran ubat tiruan jenama terkenal yang mungkin membahayakan pengguna.

Pihak berkuasa menyerbu salah sebuah kilang dan kedai yang dipercayai digunakan menghasilkan barangan tiruan serta import dari Bangladesh secara haram.

 

Pada bulan lepas MalaysiaGazette mendedahkan sindiket didalangi lelaki itu yang mana beberapa premis yang didaftarkan atas nama isterinya diserbu di Ipoh.

See also  CCTV Dua lelaki samun peniaga wanita tular

 

Kini, taktik sama telah diguna pakai oleh individu lain, juga warga Bangladesh, namun berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

 

Apa yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana seseorang berstatus warga asing mampu melakukan kerja-kerja terlarang dengan menggunakan warga tempatan untuk tempoh lebih 15 tahun.

 

Menurut sumber MalaysiaGazette, tangkapan kali ini jauh lebih dasyat kerana pihak berkuasa telah menyerbu empat daripada lapan buah kilang yang menghasilkan pelbagai produk import tanpa lesen di Ipoh pada awal minggu ini.

 

Selain itu, empat buah kedai yang didaftarkan atas nama isteri itu lelaki ini turut menggunakan pekerja warga asing.

 

“Bayangkan berapa puluh juta kita hilang kerana perbuatan lelaki ini yang mengelak dari bayar cukai? Bukan setahun dua tapi berbelas tahun. Kerajaan hilang cukai kastam, cukai pendapatan dan SST.

See also  ATM Tahan 2 Tekong Tempatan Bersama 15 PATI Indonesia

 

Pihak berkuasa menyerbu salah sebuah kilang dan kedai yang dipercayai digunakan menghasilkan barangan tiruan serta import dari Bangladesh secara haram.

 

“Lelaki Bangladesh ini telah berkahwin dengan wanita tempatan, jadikan dia kambing hitam selama ini untuk lakukan semua kerja-kerja jenayah ini.

 

“Kami juga mendapat tahu ada lagi beberapa stor dan kilang di kawasan Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Sungai Buloh dan Cameron Highlands untuk tindakan seterusnya,” katanya.

 

Kata sumber itu, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah menyerbu beberapa premis lain yang didaftarkan atas nama isterinya.

See also  Wanita cedera terkena sabit

 

Dalam pada itu, MalaysiaGazette turut diberikan beberapa keping gambar serbuan serta video operasi berkenaan yang turut menggegarkan penduduk setempat.

 

Difahamkan pihak berkuasa ketika ini sedang giat mengesan kilang pemprosesan bahan-bahan tiruan itu manakala isteri suspek telah ditahan dan dilepaskan dengan jaminan.

 

Beberapa lelaki warga asing ditahan ketika serbuan dilakukan namun status terhadap mereka belum dapat disahkan. -MalaysiaGazette

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lagi warga Bangladesh peralat rakyat tempatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146363
Users Today : 2812
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21669
Users Last 30 days : 77761
Users This Month : 40088
Users This Year : 146362
Total Users : 146363
Views Today : 3848
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 32905
Views Last 30 days : 119121
Views This Month : 61035
Views This Year : 223425
Total views : 223426
Who's Online : 52
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares