{VIDEO}Youtuber terkenal didakwa pukul pemain futsal

Youtuber terkenal didakwa pukul pemain futsal

 

Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN

6 Mac 2021, 7:26 pm

 

PETALING JAYA – Seorang Youtuber terkenal didakwa bertindak ganas memukul seorang pemain futsal hingga cedera dalam satu kejadian pergaduhan di Gelanggang Futsal Ferro di Subang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, mangsa didakwa diserang oleh 25 orang termasuk Youtuber berkenaan hingga mengalami kecederaan teruk di muka serta badan.

See also  Pergaduhan  di Changkat, Bukit Bintang didakwa , 3 didakwa 4 masih bebas

 

Menerusi satu video berdurasi lapan saat yang tular di laman media sosial menunjukkan aksi pergaduhan itu malah ada yang turut melafazkan kata-kata kesat.

Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus selepas mangsa meleraikan pergaduhan antara dua individu ketika berada di gelanggang futsal.

 

Beberapa minit kemudian, salah seorang didakwa datang semula bersama 25 individu lain sebelum memukul mangsa hingga cedera.

 

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan itu dengan mendakwa perwatakan individu tersebut sebagai seorang Youtuber tidak mencerminkan personalitinya di media sosial.

See also  Polis sedang kenal pasti suspek, mangsa pergaduhan 

 

Menurut Bakhtiar Ikhwan, dia selama ini memikirkan Youtuber itu seorang yang baik kerana sering membuat video menolong orang.

 

“Selama ini fikir baik sangat kerana buat kandungan tolong orang, sedekah sana sini, dasar pura-pura. Sebab tak puas hati terus ajak lima kereta pukul orang,” tulisnya.

 

Perkongsiannya di laman Twitter mendapat lebih 12,000 ulang ciap selain 10,000 tanda suka. -K! ONLINE

See also  Video✓✓Dua Suspek bakar Pondok Polis sudah dicekup
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO}Youtuber terkenal didakwa pukul pemain futsal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

155721
Users Today : 511
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24116
Users Last 30 days : 79545
Users This Month : 49446
Users This Year : 155720
Total Users : 155721
Views Today : 852
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36364
Views Last 30 days : 122406
Views This Month : 75683
Views This Year : 238073
Total views : 238074
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.238.252.196
Server Time : 2022-08-18
0Shares