Ular sawa ‘melingkar’ di bahu kanak-kanak dua tahun

Ular sawa ‘melingkar’ di bahu kanak-kanak dua tahun

 

MELAKA – Seorang suri rumah berdepan detik cemas selepas mendapati seekor ular sawa seberat enam kilogram melingkar di bahu anak perempuannya yang sedang tidur di atas katil sebuah rumah di Kampung Gangsa Durian di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut Nurul Fatehah Amran, 24, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam ketika dia ingin menukar baju anak perempuannya berusia dua tahun yang sedang tidur.

 

“Anak saya tidur kira-kira pukul 7.15 malam dan kira-kira dua jam kemudiannya saya masuk ke bilik kerana ingin menukar baju dipakainya, tiba-tiba saya ternampak ada satu benda berkilat bercorak batik di bahunya.

See also  Rakaman Santai 'Makan angin' bawa ular sawa 200 kg

 

“Ketika ingin mengangkat anak, benda itu tiba-tiba bergerak. Dalam keadaan menggigil saya terus angkat anak saya dan berlari keluar memanggil suami dan abang memberitahu ada ular di atas katil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Katanya, dia yang bimbang dengan keadaan anaknya terus memeriksa tubuh badan kanak-kanak tersebut dan meluahkan rasa syukur selepas tiada kecederaan.

 

“Alhamdulillah anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Abang saya kemudian telah menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi menangkap ular tersebut yang mungkin datang dari kawasan semak tidak jauh dari rumah kami,” katanya.

See also  Ular sawa dalam mangkuk tandas

Sementara itu Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD), Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.40 malam.

 

“Sepasukan empat anggota telah dikejarkan lokasi untuk operasi kes menangkap ular (KMU) dan setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa tersebut masih berada di bawah bantal.

 

“Pasukan mengambil masa kira-kira 10 hingga 15 minit untuk menangkap ular seberat enam kilogram dengan panjang satu meter itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan,” katanya.

See also  Pokok pisang punya pasal, terbongkar semua kesalahan trafik

 

▶️KOSMO! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ular sawa ‘melingkar’ di bahu kanak-kanak dua tahun " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363041
Users Today : 1180
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9936
Users Last 30 days : 65391
Users This Month : 52059
Users This Year : 363040
Total Users : 363041
Views Today : 1878
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15455
Views Last 30 days : 100995
Views This Month : 80794
Views This Year : 559860
Total views : 559861
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares