Bomba selamatkan Kontraktor TNB dari tertimbus tanah

Bomba selamatkan Kontraktor TNB dari tertimbus tanah

 

KLANG – Seorang pekerja kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) berdepan detik cemas apabila tertimbus hingga paras kepala dalam kejadian di Taman Industri Meru di sini pada Isnin.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira jam 2.35 petang itu, mangsa berusia 22 tahun sedang melakukan kerja pemasangan kabel berhampiran longkang besar yang dipenuhi air.

See also  Bagaimana kebakaran rumah berlaku akibat penggunaan terlalu banyak sambungan

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berlaku akibat pergerakan tanah ketika mangsa berada dalam sebuah lubang yang dikorek.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tertimbus sehingga menutupi paras kepala pada kedalaman dianggarkan 2.4 meter.

 

“Mangsa berjaya dibawa keluar pada jam 5.08 petang, seterusnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk rawatan lanjut, ” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

See also  Jangan abai cara mudah jimat bil elektrik rumah

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun dilaporkan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

 

Menurutnya, seramai 11 anggota pelbagai pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

 

▶️Sinar Harian

See also  Pejalan kaki maut terpelanting atas bumbung kereta
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba selamatkan Kontraktor TNB dari tertimbus tanah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372168
Users Today : 783
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15480
Users Last 30 days : 64603
Users This Month : 61186
Users This Year : 372167
Total Users : 372168
Views Today : 1164
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 23190
Views Last 30 days : 99516
Views This Month : 94302
Views This Year : 573368
Total views : 573369
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares