Rakyat dilarang  cari rezeki di tapak pelupusan sampah

Rakyat dilarang  cari rezeki di tapak pelupusan sampah

08 Mar 2021

 

ADILA SHARINNI WAHID

 

TUMPAT – Kerajaan negeri Kelantan tidak membenarkan rakyat mencari rezeki di tempat pembuangan sampah termasuk di 10 lokasi tapak pelupusan di negeri ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, mereka yang berbuat demikian sebenarnya menyalahi undang-undang kerana masuk ke kawasan larangan.

 

“Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran masyarakat selongkar sampah tetapi ada yang terlepas daripada pemantauan.

 

“Ada akta bawah pihak berkuasa tempatan yang boleh mendakwa mereka kerana menceroboh,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke tapak pelupusan sampah yang terbakar di Kampung Kok Bedullah, Pengkalan Kubor di sini pada Isnin.

See also  Memalukan dan menjijikkan Perantau mana suka buang sampah di CSR

 

Hadir sama ialah Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail.

 

Tuan Mohd Saripudin sebelum itu menyerahkan dua pam air melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membantu usaha lima anggota BBP Tumpat memadamkan kebakaran yang bermula sejak 19 Februari lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Timbunan sampah setinggi bangunan lima tingkat

 

Sementara itu, beliau turut menasihatkan masyarakat supaya mematuhi peraturan bagi menggelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran dan jangkitan penyakit.

 

Tuan Mohd Saripudin (tengah) mendengar penjelasan berdasarkan peta yang ditunjukkan oleh Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah (dua dari kiri) dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Ismail (dua dari kanan) di Kampung Kok Bedullah, Pengkalan Kubor, Tumpat pada Isnin.

See also  "Ada Beras Tak Ada Lauk, Buat Nasi Goreng Je." Rumah Berlantaikan Pasir, Berdinding Kain Jadi Teduhan 6 Beranak

 

“Contohnya seperti kebakaran di Kok Bedullah ini, berkemungkinan akibat kemarau.

 

“Tapi, tidak mustahil juga ada pihak yang menceroboh dan membuang puntung rokok hingga kawasan ini terbakar,” katanya.

 

Menurutnya, operasi memadam kebakaran sejak 18 hari lalu berbaki lima peratus dan dijangka padam sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

 

“Operasi menggunakan tujuh pam air dengan cara membanjirkan kawasan kebakaran dengan sumber sungai bersebelahan tapak pelupusan.

 

“Seramai 40 penduduk daripada 20 keluarga pula sudah dibenarkan pulang selepas indeks kualiti udara (IPU) turun kepada paras sihat,” katanya.

See also  Cekalnya Setahun Pak long Menginap dalam kotak kayu kerana

 

Tambah beliau, rakyat di Tumpat direkodkan membuang sampah sehingga 125 tan metrik pada setiap hari.

 

“Kerajaan pula sentiasa mengadakan kempen kitar semula bagi mendidik masyarakat menguruskan sisa pembuangan sampah dengan betul seperti pengasingan kaca, plastik dan kertas,” katanya

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rakyat dilarang  cari rezeki di tapak pelupusan sampah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367082
Users Today : 1994
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11714
Users Last 30 days : 64061
Users This Month : 56100
Users This Year : 367081
Total Users : 367082
Views Today : 2971
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17867
Views Last 30 days : 99008
Views This Month : 86809
Views This Year : 565875
Total views : 565876
Who's Online : 6
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares