[ 2-3-2021 KEADAAN SEMASA AWANG RASAU DI PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC) SUNGKAI, PERAK]
Dimaklumkan Awang Rasau masih menderita akibat kecederaan kesan tembakan pemburu haram di kaki belakangnya. Melalui keputusan X-ray yang telah dijalankan terdapat 5 kesan butir peluru dijumpai dan bukannya 3 butir peluru seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Sebutir peluru telah berjaya dikeluarkan manakala pembedahan untuk mengeluarkan baki peluru akan dilakukan pada pembedahan seterusnya. Keadaan baki peluru yang tinggal berada agak dalam pada badan Awang Rasau.
Jabatan PERHILITAN akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Awang Rasau. Oleh itu, sama-sama kita berdoa agar Awang Rasau kembali pulih seperti sediakala dan boleh dilepaskan semula ke habitat asalnya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 2-3-2021 KEADAAN SEMASA AWANG RASAU DI PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC) SUNGKAI, PERAK " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.