{VIDEO} Aksi cemas Pemandu Alza lari dan Rempuh anggota PDRM

Maklumat awal diterima sebuah kenderaan Perodua Alza mencurigakan sedang parkir berhampiran McDonald’s Bandar Baru Bangi.

Anggota Unit URB PDRM mendekati kenderaan untuk pemeriksaan tetapi pemandu enggan memberi kerjasama dan cuba melarikan diri..

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lokasi : McDonald’s Bandar Baru Bangi

⬇️⬇️ UPDATE⬇️⬇️

Viral Kejadian Sebuah Kereta Melanggar & Tindakan Pemandu Menghalang Anggota Polis Menjalankan Tugas Semasa Pemeriksaan

Pada 10/03/2021 @ 0304 pagi, pihak Polis IPD Kajang telah menerima laporan berhubung satu kejadian sebuah kereta melanggar anggota Polis yang sedang dalam tindakan melakukan pemeriksaan di kawasan letak kereta McDolands, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi .

Laporan Polis ini telah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang Untuk tindakan dan siasatan lanjut .

Siastan awal yang dijalankan, mendapati kejadian yang dilaporkan berlaku pada 09/03/21 @ 10.30 malam apabila, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Bandar Baru Bangi sedang melakukan rondaan dan terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan diparkir dalam keadaan enjin dihidupkan.

See also  ????️ Ditahan rakam dan ganggu tugas polis

 

Anggota terlibat menghampiri kereta berkenaan dan cuba membuat pemeriksaan dengan menyuluh ke dalam serta mengetuk cermin kereta tersebut yang mana terdapat 1(L) dan 1(P) yang berada di dalam kereta itu.

 

Sejurus pasangan tersebut mengetahui kehadiran Polis , dan telah diarahkan keluar oleh anggota yang terlibat , lelaki yang berada di dalam kereta tersebut terus memandu cuba melarikan diri dengan bertindak melanggar motorsikal serta anggota yang berada di hadapan kereta tersebut .

 

Ekoran itu seorang anggota yang berada di hadapan kereta itu terpaksa berpaut dalam keadaan kereta bergerak dengan jarak lebih kurang 150 meter sebelum berjaya melepaskan diri.

See also  {{Video}} Polis dan Masyarakat Terbaik abang polis perihatin

 

Anggota yang terlibat dalam kejadian ini telah menggunakan segala usaha dan tindakan yang perlu untuk memberhentikan kereta tersebut namun suspek dalam kejadian ini terus melarikan diri ke arah Jalan Persiaran Jaya Bandar Baru Bangi.

Ekoran itu, anggota yang terlibat telah alami kecederaan ringan dan motorsikal yang ditunggang mengalami kerosakan. Walau pun suspek berjaya melarikan diri, namun anggota yang terlibat telah dapat mengecam no pendaftaran kereta suspek .

Bertindak daripada maklumat nombor kenderaan yang telah dicamkan, pihak Polis IPD Kajang telah berjaya melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki dan perempuan Melayu yang terlibat dalam kejadian ini.

Permohonan reman ke atas kedua-dua tangkapan akan dibuat di Mahkamah Bandar Baru Bangi pada pagi ini 10/03/2021 bagi tujuan siasatan lanjut.

See also  Pasangan Kekasih Tergamak Ikat Anak Baru Lahir Dalam Plastik Hitam

Kes disiasat di bawah Seksyen 186/307/332 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Insp Mu’az Mazlan di talian 017-9788804.

Terima kasih

Kenyataan Media KPD Kajang
10/03/2021 @ 1055 hrs

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Aksi cemas Pemandu Alza lari dan Rempuh anggota PDRM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156128
Users Today : 918
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24523
Users Last 30 days : 79952
Users This Month : 49853
Users This Year : 156127
Total Users : 156128
Views Today : 1671
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37183
Views Last 30 days : 123225
Views This Month : 76502
Views This Year : 238892
Total views : 238893
Who's Online : 10
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares