Bomba selamatkan wanita cuba terjun jejantas

Bomba selamatkan wanita cuba terjun jejantas

 

PETALING JAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan seorang wanita berusia 39 tahun daripada cubaan membunuh diri di Stesen Monorail Jalan Maharajalela di ibu negara pagi ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.57 pagi itu, wanita warga tempatan tersebut cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bumbung jejantas stesen monorail berkenaan yang berketinggian hampir 10 meter.

See also  Kisah Sebak Dada 60 Tahun Dahulu KOPERAL JAMAL BERSAMA ANAK BERUANG BERNAMA BUJANG

 

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Wan Hamizan Kamaruddin berkata, wanita itu turut mengacukan sebilah pisau pada bahagian leher bertujuan menghalang pasukan penyelamat daripada menghampiri dan membantunya.

 

“Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap mangsa pada pukul 9:28 pagi dengan selamat. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

See also  Covid-19 Pada 28 Mac 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,336 kes

 

Terdahulu, Wan Hamizan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 8:57 pagi.

 

Menurut beliau, seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu dikerahkan memberi bantuan.

 

▶️KOSMO! ONLINE

See also  Tiga warga asing ditahan bantu siasatan kes gaduh
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bomba selamatkan wanita cuba terjun jejantas " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378346
Users Today : 1941
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16485
Users Last 30 days : 61736
Users This Month : 5350
Users This Year : 378345
Total Users : 378346
Views Today : 2670
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24547
Views Last 30 days : 94799
Views This Month : 7835
Views This Year : 582529
Total views : 582530
Who's Online : 6
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares