Kereta dilarikan ketika ‘lepas hajat’

Kereta dilarikan ketika ‘lepas hajat’

11 Mac 2021

 

BATU GAJAH – Seorang lelaki tidak menyangka tindakannya berhenti di tepi jalan untuk membuang air besar mengundang padah apabila kereta miliknya dilarikan penjenayah dalam satu kejadian di Jalan Jutaria di sini pada Khamis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian sekitar jam 1 petang itu, mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai tukang rumah memberhentikan keretanya jenis Proton Iswara Aeroback di bahu jalan untuk ke tepi tasik yang terletak lebih kurang 20 meter.

 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, selepas 15 minit, mangsa terdengar bunyi enjin kenderaan dihidupkan dan mengesyaki ia adalah kereta miliknya.

See also  CCTV✓✓KECURIAN BASIKAL TAMAN ROWTHER

 

“Mangsa segera keluar dari kawasan tasik dan mendapati keretanya telah tiada. Bimbang dengan keadaan itu, dia segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

 

“Ketika kejadian, mangsa tidak sempat menarik keluar kunci kereta kerana ingin bergegas membuang air besar,” katanya.

 

Menurutnya, kenderaan mangsa bagaimanapun berjaya dikesan selepas kereta dipandu penjenayah berkenaan terlibat dalam kemalangan dengan kereta lain.

 

See also  Video✓✓ Tindakan pantas anggota polis trafik Kuala Lumpur berjaya membantu 3 beranak yang hampir dihanyutkan oleh kepala air di Sungai Klang

Katanya, ketika melarikan kenderaan itu, suspek berusia 34 tahun terbabit cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita dari arah Sri Pangkalan menghala Batu Gajah, namun gagal.

 

“Suspek hilang kawalan dan melanggar bahagian sisi belakang sebelah kanan kereta Myvi terbabit.

 

“Akibat kejadian itu, suspek mengalami cedera ringan di bahagian bahu, manakala wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

 

Beliau berkata, mangsa yang membuat pengecaman ke atas kereta Iswara berkenaan telah mengesahkan kenderaan itu adalah miliknya dengan kerugian kerosakan dianggarkan sebanyak RM1,500.

See also  Lelaki larikan kereta semasa pandu uji

 

“Siasatan kes masih diteruskan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Semakan lanjut mendapati, suspek memiliki beberapa rekod jenayah lampau antaranya mencuri,” katanya

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kereta dilarikan ketika 'lepas hajat' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139689
Users Today : 865
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21818
Users Last 30 days : 74345
Users This Month : 33414
Users This Year : 139688
Total Users : 139689
Views Today : 1189
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33837
Views Last 30 days : 115004
Views This Month : 51579
Views This Year : 213969
Total views : 213970
Who's Online : 62
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares