Disaman pasang ‘bumbung’ pada motosikal

Disaman pasang ‘bumbung’ pada motosikal [METROTV]

MyMetroMutakhir

 

Kuala Lumpur: Seorang pekerja pemasangan memberi alasan mahu mengelak hujan yang mendorongnya membina ‘bumbung’ pada skuter SYM VTS 200 miliknya sejak tahun lalu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Malah, ‘bumbung’ yang dibina sendiri oleh lelaki berkenaan turut dilengkapi dengan penggilap cermin (wiper) di bahagian hadapan.

 

Lelaki berusia 52 tahun itu berkata, dia mengeluarkan modal sebanyak RM300 bagi membeli komponen digunakan bagi membina bumbung berkenaan.

 

“Bumbung ini saya pasang sendiri sejak tahun lalu kerana mahu mengelak hujan. Walaupun saya tahu tindakan ini salah, namun saya yakin struktur ini kukuh.

See also  Ibu cari nafkah jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori

 

“Sepanjang tempoh saya pasang struktur ini, saya tidak pernah disaman pihak berkuasa. Ini adalah kali pertama,” katanya ketika ditemui di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, hari ini.

 

Lelaki berkenaan antara individu yang disaman kerana kesalahan mengubah suai struktur asal dengan memasang struktur tambahan tanpa kelulusan dalam Operasi Kesalahan Teknikal (Motosikal) di lokasi terbabit yang bermula 3 petang tadi.

 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, seramai 50 pegawai dan anggotanya terbabit dalam operasi itu yang berakhir jam 6.30 petang tadi.

See also  Warga asing rentas batu halangan, kawat duri ditangkap

 

“Sebanyak 1,050 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 150 motosikal diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

 

“Dalam operasi itu juga, kami mengeluarkan 344 notis atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, nombor pendaftaran fancy, tayar kecil serta ubah suai ekzos,” katanya ketika ditemui di lokasi operasi berkenaan, hari ini.

 

Mohd Zaki berkata, operasi itu dilaksanakan bukan semata-mata untuk mencari kesalahan pengguna, namun ia bertujuan untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan.

 

“Pengguna perlu tahu adalah penting bagi mereka untuk mengikut spesifikasi ditetapkan pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan ketika berada di jalan raya.

See also  {Video Tular} Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri

 

“Ini termasuk bagi komponen seperti tayar yang penting untuk kestabilan kenderaan. Jika ia diubah tidak mengikut spesikasi, ia boleh membahayakan nyawa,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 8:41 PM

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Disaman pasang 'bumbung' pada motosikal " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156122
Users Today : 912
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24517
Users Last 30 days : 79946
Users This Month : 49847
Users This Year : 156121
Total Users : 156122
Views Today : 1660
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37172
Views Last 30 days : 123214
Views This Month : 76491
Views This Year : 238881
Total views : 238882
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares