[Video] Mabuk berebut parkir hingga berparang

Mabuk berebut  parkir hingga berparang

 

Petaling Jaya: Angkara berebut parkir dan mabuk, dua cedera dipukul dan ditetak dengan parang dalam pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan Flat Impian Baiduri, Sungai Way di sini, malam tadi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian 11 malam itu, lelaki berusia 34 tahun cedera di badan manakala lelaki berusia 20 tahun cedera parah di betis dan dahi ditetak.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan jam 11.37 malam sebelum anggota polis peronda bergegas ke lokasi.

 

Menurutnya, berlaku dua kejadian pergaduhan membabitkan antara tujuh hingga 11 lelaki berusia 16 hingga 20 tahun yang berada di bawah pengaruh alkohol.

See also  [Video] Rusuhan Rohingya, 6 Mati Dilanggar Kenderaan

 

“Hasil siasatan mendapati kejadian pertama berlaku disebabkan perselisihan faham tempat parkir kereta sehingga berlaku pergaduhan yang menyebabkan seorang cedera.

 

“Selain itu, cermin dua kereta masing-masing Perodua Bezza dan Myvi turut dipecahkan serta motosikal ditumbangkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Nik Ezanee berkata, selepas kejadian itu kumpulan terbabit dikatakan tidak puas hati lalu berlaku pergaduhan sekali lagi di lokasi sama pada jam 1.30 pagi.

 

Beliau berkata, pada masa sama seorang lelaki yang keluar rumah untuk membuang sampah menjadi mangsa apabila ditetak kumpulan berkenaan.

See also  Mabuk punca kemalangan 5 kenderaan

 

“Setakat ini, polis sudah menahan tujuh lelaki dan sedang giat mengesan empat lagi suspek yang disyaki terbabit kejadian pergaduhan itu.

 

“Mereka yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman pagi esok,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan 427 Kanun Keseksaan.

 

Beliau menasihati keempat-empat suspek menyerah diri di balai polis berdekatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Inspektor R Sangaran di talian 03-79662176.

See also  Selamba keluar rumah beli minuman, lelaki pakai gelang pink dikompaun RM4,000

Kemaskini: Kenyataan media Ketua Polis Petaling Jaya

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mac 2021 @ 7:01 PM

Raja Noraina Raja Rahim

rnoraina@hmetro.com.my

Video: Media sosial

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Mabuk berebut parkir hingga berparang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149654
Users Today : 1261
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22156
Users Last 30 days : 79376
Users This Month : 43379
Users This Year : 149653
Total Users : 149654
Views Today : 1757
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33422
Views Last 30 days : 121582
Views This Month : 66173
Views This Year : 228563
Total views : 228564
Who's Online : 23
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares