Nilai kompaun RM10,000 perlu ditulis dalam notis


Nilai kompaun RM10,000 perlu ditulis dalam notis

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS

12 Mac 2021, 8:01 pm

 

ALOR SETAR – Nilai kompaun sebanyak RM10,000 perlu ditulis di dalam setiap notis kompaun dikeluarkan termasuk bagi kesalahan kecil seperti tidak memakai pelitup muka susulan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan 2021) yang diwartakan bermula semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai kompaun tersebut adalah hukuman berdasarkan seksyen berkaitan.

 

“Dalam seksyen berkaitan, kena tulis maksimum RM10,000, tidak boleh tulis RM1,000.

See also  Setiap polis mesti tahu bagaimana menangani orang dengan autisme, kata IGP

 

“Sebagai contoh, di mahkamah, kalau pertuduhan mencuri walaupun curi selipar di masjid tetapi hukuman yang digunakan adalah mengikut seksyen kesalahan tersebut,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi rumah seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan menyampaikan sumbangan sempena Program Cakna Veteran ATM di Pantai Johor di sini hari ini.

 

Kata beliau, kompaun RM10,000 tidak akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan kecil atau kali pertama.

See also  [Video]Ayah kasih sayang dalam diam

 

“Semalam Ketua Polis Negara telah menjelaskan beberapa kesalahan sahaja yang dikenakan kompaun RM10,000 iaitu kesalahan berulang kali oleh orang yang sama.

 

“Keduanya adalah kesalahan-kesalahan yang dianggap perlanggaran SOP (prosedur operasi standard) secara melampau,” ujarnya.

 

Menurutnya, sebagai contoh, pengunjung dan pengusaha kelab malam masing-masing boleh dikompaun RM10,000 dan RM50,000.

 

“Mereka ini terus berdegil kerana didapati kelab malam masih dibuka walaupun secara haram, jadi keputusan tegas perlu diambil kepada mereka ini,” tegasnya.

See also  Covid19- 20 Julai 2021 Jumlah kes 12,366

 

Tambahnya, mereka yang dikompaun boleh membuat rayuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan ia tertakluk di bawah budi bicara pihak berkenaan. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nilai kompaun RM10,000 perlu ditulis dalam notis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139577
Users Today : 753
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21706
Users Last 30 days : 74233
Users This Month : 33302
Users This Year : 139576
Total Users : 139577
Views Today : 1025
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33673
Views Last 30 days : 114840
Views This Month : 51415
Views This Year : 213805
Total views : 213806
Who's Online : 44
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares