Pemandu lori dipukul, cuba lari selepas kemalangan

Pemandu lori dipukul, cuba lari selepas kemalangan

 

Kuala Langat: Pemandu lori cedera dipercayai dipukul orang awam ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, dekat sini, petang semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Lelaki berusia 53 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan serta tangan dan kaki.

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, lelaki berkenaan dipukul selepas melanggar sebuah motosikal dan cuba melarikan diri.

 

“Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berusia 21 tahun yang sedang bergerak dari arah Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

See also  Pejalan kaki maut terpelanting atas bumbung kereta

 

“Apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dilanggar pemandu lori yang hendak membelok ke simpang di sebelah kiri jalan.

 

“Selepas perlanggaran itu, pemandu lori dikepung orang kampung menyebabkan dia mengundurkan lori seterusnya melanggar sebuah lagi motosikal serta sebuah kereta.

 

“Suspek mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan serta di tangan dan kaki dipercayai dipukul orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

See also  Drama ganas dua penjenayah di Sungai Buloh

 

Beliau berkata, lelaki itu dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan.

 

Katanya, penunggang motosikal yang patah tangan dan cedera di kaki sudah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Banting.

 

“Dua lagi mangsa iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

“Saksi bebas sudah dikesan untuk membantu siasatan dan lokasi kemalangan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 (perlanggaran pertama) dan Seksyen 42(1) APJ 1987 (perlanggaran kedua).

See also  Nasihat penting dari PDRM media sosial sarang penyamun cari mangsa 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 11:15 AM

Norzamira Che Noh

am@hmetro.com.my

 

#HarianMetro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu lori dipukul, cuba lari selepas kemalangan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139968
Users Today : 1144
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 22097
Users Last 30 days : 74624
Users This Month : 33693
Users This Year : 139967
Total Users : 139968
Views Today : 1590
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 34238
Views Last 30 days : 115405
Views This Month : 51980
Views This Year : 214370
Total views : 214371
Who's Online : 23
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares