PENEMUAN DAN PEMUSNAHAN 1 BUTIR BOM JENIS MORTAR 60 MM ILLUMINATING DI KAMPUNG TENANG ULU TIRAM, JOHOR
Seri Alam, Pada 12 Mac 2021 – Sekitar jam 9.30 pagi, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama anggota UPB IPD Seri Alam telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama ataupun Unexploded Ordnance (UXO) jenis Mortar 60 MM Illuminating bersabit Ulu Tiram Rpt: 1353/21 di kawasan lapang Lorong Tenang 5, Kampung Tenang, Ulu Tiram, Johor.

Objek UXO tersebut dijumpai oleh kontraktor sewaktu menjalankan kerja-kerja merata tanah menggunakan jentera jengkaut. Pemeriksaan selanjutnya oleh pihak UPB mengesahkan objek tersebut adalah mortar 60 MM Illuminating berdasar tandaan pada body objek tersebut dan disahkan objek telah dilancarkan tetapi tidak berfungsi. Pihak UPB IPK Johor percaya objek tersebut dilancarkan semasa konfrantasi menentang komunis dan menjalankan pembersihan keselamatan bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar bebas dari sebarang bahan letupan lain.

Tindakan pemusnahan objek UXO berkenaan telah dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.
Pihak Polis Johor ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada masyarakat yang prihatin terhadap jumpaan tersebut dan menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.
Diingatkan juga supaya jangan DIUSIK , DIALIH atau DIGERAKKAN objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
#sumber pdrm johor
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " PENEMUAN DAN PEMUSNAHAN 1 BUTIR BOM JENIS MORTAR 60 MM ILLUMINATING DI KAMPUNG TENANG ULU TIRAM, JOHOR " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.