VIDEO PILIHAN: DADAH DALAM SEJADAH TAKTIK LICIK SINDIKET ANTARABANGSA TUMPAS
Kuala Lumpur, 10 Mac 2021 – Mahu mengelak dikesan polis, satu sindiket dadah antarabangsa mengambil tindakan licik apabila menggunakan peralatan keagamaan termasuk sejadah dan al-Quran untuk menyeludup dadah jenis Ketamin secara kurier ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, CP Dato’ Razarudin Husain berkata, peralatan keagamaan yang digunakan itu mengikut majoriti penganut agama di negara terbabit dan dadah berkenaan dibungkus bersama bagi mengelak ia dikesan.
“Contohnya dadah jenis Ketamin yang ingin diseludup ke Indonesia, sindiket itu akan membungkuskannya bersama peralatan sejadah dan al-Quran,” katanya
Menurutnya, taktik sindiket terbabit terbongkar selepas pihak berkuasa Korea Selatan merampas kurier mengandungi dadah jenis Ketamin dari Malaysia yang berselindung di sebalik peralatan keagamaan Buddha baru-baru ini sebelum memaklumkannya kepada JSJN Bukit Aman.
Susulan itu, katanya, satu operasi dijalankan polis dan menahan 13 individu termasuk seorang lelaki warga asing selain menyerbu sebuah kondominium yang dijadikan makmal mini memproses dadah jenis Ketamin pada jam 3 pagi, kelmarin.
Sumber: Harian Metro
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] DADAH DALAM SEJADAH TAKTIK LICIK SINDIKET ANTARABANGSA TUMPAS " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.