Penghargaan atas keberanian, Sarjan Mat Shah anggap ‘hadiah manis’ sebelum bersara

Penghargaan atas keberanian, Sarjan Mat Shah anggap ‘hadiah manis’ sebelum bersara

Shuhada Abdul Kadir Mac 12, 2021 09:24 MYT

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Zulkifli Noordin (kanan) menyerahkan sijil penghargaan KDN kepada Sarjan Mat Shah Kassim. – Bernama

 

 

REMBAU: Keberanian seorang anggota polis, Sarjan Mat Shah Kasim yang menyelamatkan dua mangsa kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau 4 Mac lalu mendapat perhatian Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mat Shah, 57 tahun, yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bulan November depan selepas 39 tahun berkhidmat hari ini, menerima sijil penghargaan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

 

Mengakui terharu menerima penghargaan itu kerana menyifatkan tugas yang dilakukannya sebagai suatu tanggungjawab terhadap masyarakat, tambah Mat Shah, tindakannya itu juga dibuat selepas melihat kesungguhan seorang ibu warga emas yang bersungguh-sungguh menyelamatkan anaknya dalam tragedi berkenaan.

 

Ujarnya, sepanjang berkhidmat di IPD Rembau sejak 11 tahun lalu, terdapat tiga kejadian mencabar yang dikendalikannya yang masih segar sehingga kini dan insiden baru-baru ini disifatkan sebagai ‘hadiah istimewa’ sebelum menamatkan perkhidmatan.

See also  {Video Kejar Mengejar} Polis tahan lelaki lari daripada pemeriksaan, miliki dadah

 

“Sepanjang saya bertugas di IPD Rembau ini, ada tiga kejadian yang agak beri kesan pada jiwa saya. Pertama, kemaangan libatkan satu kereta MyVi langgar belakang treler dan mangsa rentung, saya pun angkat mayat tersebut.

 

“Kedua, kejadian tembak warga asing. Dia lakukan jenayah rompak di rumah mangsa dan dia telah ditembak mati, saya angkat mayat itu. Dalam keadaan semua orang takut, saya diberi kekuatan angkat dua mayat penjenayah warga asing.

 

“Itulah beberapa kejadian. Tapi kejadian inilah (selamatkan mangsa kebakaran) begitu menyentuh perasaan saya sendiri. Saya ingat bagaimana seorang ibu begitu sekali (berusaha) untuk menyelamatkan anaknya. Itulah yang menyebabkan saya diberi kekuatan untuk bertindak walaupun dalam keadaan begitu,” imbasnya.

See also  Bahagian -3 Peristiwa berdarah 23 Februari 1950 serangan Komunis keatas Balai Polis Kepong

 

Beliau ditemui selepas menerima surat penghargaan yang disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Dalam Negeri mewakili Hamzah, Datuk Seri Zulkifli Nordin, di Bilik Gerakan IPD Rembau, hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang 4 Mac lalu, sebuah rumah di Kampung Seberang Batu Hampar terbakar dan warga emas Maimunah Mohd Shah, 81 tahun, cuba masuk ke dalam rumah di bahagian pintu dapur bagi menarik keluar anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) Zaidi Zainudin, 46 tahun, sehingga ke tangga dapur.

 

Tanpa memikirkan tentang risiko dan bahaya, Mat Shah kemudian bertindak nekad meredah api menyelamatkan kedua-dua mangsa itu.

 

“Saya pernah berkhidmat dalam pasukan Polis Hutan dan PGA. Saya biasa kerja berkumpulan, jadi kebanyakan di tugas am ni, kerja secara bersendirian, tindakan tu banyak. Saya pernah juga diberi penghargaan Polis Hutan, tapi secara berkumpulan. Kawan-kawan pernah berdepan sesuatu yang mencabar.

See also  Curi MPV IPD Kepala Batas

 

“Tapi inilah penghargaan yang begitu menyentuh hati saya sepanjang selama 39 tahun.

 

Mat Shah turut menerima sijil penghargaan daripada Polis Kontinjen Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Pautan cerita asal

https://alhadi.my/2021/03/07/sarjan-mat-shah-redah-api-selamatkan-oku-warga-emas/

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penghargaan atas keberanian, Sarjan Mat Shah anggap 'hadiah manis' sebelum bersara " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

149942
Users Today : 1549
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 22444
Users Last 30 days : 79664
Users This Month : 43667
Users This Year : 149941
Total Users : 149942
Views Today : 2143
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 33808
Views Last 30 days : 121968
Views This Month : 66559
Views This Year : 228949
Total views : 228950
Who's Online : 10
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-16
0Shares