Zalim sungguh…
Kuala Lumpur: Seekor anak kucing mati dalam keadaan lehernya dijerut pada pemegang motosikal di kawasan perumahan flat Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika berkata, bangkai anak kucing itu ditemui awal pagi tadi oleh pemilik motosikal berkenaan sewaktu individu itu mahu memanaskan enjin kenderaannya.
Menurut Arie, pemilik motosikal memaklumkan haiwan yang dibunuh adalah kucing jalanan yang sering diberi makan oleh penduduk sekitar kediamannya.
“Pemilik itu tidak pasti apakah motif pelaku menjerut leher dan menggantung kucing berkenaan pada pemegang motosikal diletakkan di belakang rumahnya.
“Justeru, Animal Malaysia merayu mana-mana individu yang menjadi saksi atau ada maklumat mengenai pelaku supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook (Fb) rasmi Animal Malaysia, hari ini.
Arie berkata, kezaliman dan penganiayaan terhadap haiwan perlu dipandang serius supaya pelaku dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatannya.
“Jangan sorokkan perbuatan zalim dan kejam begini memandangkan ia bakal mengundang bahaya sekiranya berlarutan malah dikhuatiri kepada manusia pula selepas ini.
“Individu yang menjerut leher anak kucing malang ini perlu diheret ke muka pengadilan.
“Maklumat boleh disalurkan ke www.wasap.my di nombor 01120901097 atau melalui saluran aduan MyAct di
https://animalmalaysia.com/report-animal-crime/,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 2:06 PM
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Gambar: Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association
#HarianMetro
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Zalim sungguh... " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.