Isteri Dipercayai Lari Ikut Jantan Lain, Lelaki Bawa Dua Anak Berjalan kaki Cari Kerja

Isteri Dipercayai Lari Ikut Jantan Lain, Lelaki Bawa Dua Anak Berjalan kaki Cari Kerja

 

Demi menyara kehidupan keluarga, seorang lelaki terpaksa membawa dua orang anaknya bagi mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan yang terletak di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Menurut laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai dengan ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain.

 

Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga berjalan kaki di tengah panas kira-kira sejauh 100 kilometer untuk sampai ke lokasi tersebut sebelum terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati.

See also  Getir menyamar jadi nelayan menyiasat Sindiket Naga Merah Laut Andaman

Menerusi laman Facebook, Pak Ratthaphim memuat naik posting berkongsi kisah mengenai lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja pada minggu lalu.

 

“Masa memandu ke tempat kerja, saya ternampak seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil, dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham,” katanya.

 

Tidak sampai hati melihat situasi tersebut, Ratthaphim berpatah semula sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya lebih lanjut kepada lelaki berkenaan.

See also  Gula pasir Putih menjejaskan kepintaran Anak Kecil

 

Selepas mengetahui cerita sebenar, Ratthaphim kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan kepada lelaki itu agar menjaga anak-anak dengan sebaiknya.

 

Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.

 

“Selagi kita boleh bantu, mari bantu antara satu sama lain. Semoga lelaki itu kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” ujar Ratthaphim.

See also  Jenaka Rogol : Keluarga pelajar akan fail saman balas RM5 juta terhadap guru

 

Sumber:Borakdaily

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Isteri Dipercayai Lari Ikut Jantan Lain, Lelaki Bawa Dua Anak Berjalan kaki Cari Kerja " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139487
Users Today : 663
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21616
Users Last 30 days : 74143
Users This Month : 33212
Users This Year : 139486
Total Users : 139487
Views Today : 891
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33539
Views Last 30 days : 114706
Views This Month : 51281
Views This Year : 213671
Total views : 213672
Who's Online : 38
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares