Telur ladang CES 008 dilarang dijual di pasaran tempatan

Telur ladang CES 008 dilarang dijual di pasaran tempatan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

14 Mac 2021, 8:24 pm

 

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengarahkan supaya telur keluaran salah satu daripada 10 buah ladang milik Lay Hong Bhd (Lay Hong) iaitu ladang CES 008 tidak dibenarkan dijual di pasaran tempatan sebagai telur sajian sehingga keputusan siasatan diperoleh.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

DVS dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga tidak membenarkan kemasukan semula telur CES 008 ke Malaysia berikutan pengesanan kehadiran bakteria Salmonella enteriditis (SE) pada konsainan telur eksport daripada ladang terbabit.

 

DVS berkata, penggantungan telur CES 008 oleh kerajaan Singapura baru-baru ini bagaimanapun tidak menjejaskan bekalan pasaran tempatan dan pengeksportan lain-lain ladang ke republik itu.

 

Menurutnya, sesi engagement bersama pengurusan syarikat Lay Hong yang dibuat hari ini mendapati hanya ladang CES 008 yang mengeksport telur ke Singapura daripada 10 ladang ayam milik syarikat terbabit yang terdiri daripada dua ladang pullet dan lapan ladang ayam penelur.

See also  Nenas penawar Masalah Gout 

 

“Pihak syarikat memaklumkan bahawa 100 peratus telur keluaran ladang CES 008 adalah untuk pasaran eksport ke Singapura.

 

“Pihak syarikat juga bersetuju untuk melaksanakan tindakan pembetulan dan pemantauan lebih kerap dan meningkatkan kawalan biosekuriti,” katanya hari ini.

 

DVS berkata, pihaknya juga menjalankan lawat siasat dan pensampelan untuk pengujian SE ke atas semua ladang kepunyaan syarikat Lay Hong bagi memastikan telur keluaran ladang mereka bebas bakteria tersebut.

 

“Kami turut melawat ladang CES 008 di Jeram, Selangor untuk mengenal pasti pencemaran SE pada telur selain menyemak rekod pemvaksinan, pengeluaran telur dan rekod program survelan penyakit di ladang.

 

See also  Takut Covid-19, ada pekedai di Perak larang petugas pusat tahanan Kamunting beli barang keperluan

“Kami juga menjalankan pensampelan persekitaran, kloaka, makanan ternakan, air minuman dan telur untuk pengesanan SE,” katanya.

 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan berasingan berkata, pihaknya melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan bekerjasama dengan DVS bagi menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas premis dan telur ayam dicemari bakteria Salmonella enteritidis keluaran negara yang ditarik balik dari pasaran Singapura.

 

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Mohd. Salim Dulatti berkata, sehingga kini, 364 sampel telur ayam telah dianalisis dan hanya dua daripada sampel tersebut mengandungi Salmonella entritidis.

 

“Bagi mengelakkan keracunan makanan disebabkan bakteria ini, pengguna dinasihatkan mencuci telur ayam dengan sempurna sebelum digunakan.

 

“Pengguna juga dinasihat elak menggunakan telur ayam yang telah retak atau pecah kerana ia mungkin tercemar dengan bakteria Salmonella enteritidis selain memasak telur ayam dengan sempurna sehingga bahagian kuning dan putih menjadi keras sebelum dimakan,” katanya.

See also  Kasihannya Kuning telor sentiasa dibuang akibat berpegang dengan fakta salah

 

Sebelum ini, Singapura telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik dari pasaran telur yang dihasilkan dari sebuah syarikat di Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam laman web mereka menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit jika makanan itu dimakan secara mentah atau separuh masak. – K! ONLINE.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Telur ladang CES 008 dilarang dijual di pasaran tempatan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367149
Users Today : 2061
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 11781
Users Last 30 days : 64128
Users This Month : 56167
Users This Year : 367148
Total Users : 367149
Views Today : 3092
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 17988
Views Last 30 days : 99129
Views This Month : 86930
Views This Year : 565996
Total views : 565997
Who's Online : 27
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares