???????????? ???????????????????? ???????????????????????????? menyamun kedai serbaneka

???????????? ???????????????????? ???????????????????????????? menyamun kedai serbaneka

 

Petaling Jaya: Padah ambil barang tanpa bayar, dua anggota polis antara empat yang ditahan selepas disyaki terbabit kejadian curi di sebuah kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya di sini, kelmarin.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pekerja premis berkenaan pada 7 pagi.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Berdasarkan maklumat, seorang wanita memakai vest polis dan mengambil beberapa barang tanpa membuat sebarang pembayaran.

See also  Pukul dan ugut bunuh ibu bapa

 

“Pekerja premis itu meminta wanita itu membuat bayaran tetapi suspek memberikan alasan bahawa pegawai atasannya akan datang untuk membuat pembayaran dalam tempoh satu jam.

 

“Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta peronda polis jenis Honda Civic,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Nik Ezanee berkata, berdasarkan pemeriksaan, suspek mengambil lima kotak rokok pelbagai jenama, pemetik api dan gula-gula dianggarkan berjumlah RM146.30.

 

Bertindak atas laporan, katanya, polis menjalankan siasatan menahan dua anggota berusia 31 serta 38 tahun, pada 5 petang hari sama.

See also  Sindiket Macau Scam guna portal MyEG, JPJ dan SPR cungkil maklumat mangsa, 22 ditahan

 

“Hasil soal siasat membawa kepada penahanan dua lagi suspek termasuk seorang wanita masing-masing berusia 36 dan 27 tahun di kawasan Petaling Jaya, pada 8.30 malam hari sama.

 

“Semakan mendapati suspek wanita mempunyai lapan rekod jenayah lampau termasuk dadah manakala suspek lelaki mempunyai 13 rekod lampau,” katanya.

 

Katanya, keempat-empat suspek yang ditahan mengaku terbabit kejadian samun berkenaan.

 

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

See also  Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " ???????????? ???????????????????? ???????????????????????????? menyamun kedai serbaneka " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377890
Users Today : 1485
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16029
Users Last 30 days : 61280
Users This Month : 4894
Users This Year : 377889
Total Users : 377890
Views Today : 1970
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23847
Views Last 30 days : 94099
Views This Month : 7135
Views This Year : 581829
Total views : 581830
Who's Online : 13
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares