Lelaki masalah mental berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledar

Lelaki berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledar

 

Muar: Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledar berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, dekat sini, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, kejadian pada 3.25 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun.

 

“Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

See also  Polis buru banduan lolos

 

“Suspek juga memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 

Menurut Zaharudin, suspek yang ditahan pihak polis kemudiannya dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dipercayai mengalami masalah mental dan masih menerima rawatan di hospital.

See also  [Video] Samseng Jalanraya tidak peduli ketegasan undang-undang

 

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Terdahulu, tular di media sosial sejak semalam video berdurasi selama satu minit 38 saat itu menunjukkan seorang lelaki berang dengan memecahkan cermin dan merosakkan kereta milik seorang wanita di Pekan Parit Jawa , Muar.

See also  Lelaki ditahan pasang kamera tersembunyi dalam tandas wanita

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki masalah mental berang, pecahkan cermin kereta guna topi keledar " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

371959
Users Today : 574
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15271
Users Last 30 days : 64394
Users This Month : 60977
Users This Year : 371958
Total Users : 371959
Views Today : 866
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22892
Views Last 30 days : 99218
Views This Month : 94004
Views This Year : 573070
Total views : 573071
Who's Online : 8
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares