{VIDEO} Wanita mabuk langgar dua motosikal

Wanita mabuk langgar dua motosikal

 

Ampang Jaya: Seorang wanita yang memandu dalam keadaan mabuk melanggar dua motosikal sebelum melarikan diri dalam kejadian di Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku jam 12.41 tengah malam itu.

 

“Pemandu menghimpit dan melanggar motosikal jenis Harley-Davidson dan Yamaha Avantis sehingga mengalami kerosakan.

See also  Video✓✓Pemandu kereta langgar penghantar makanan serah diri

 

“Kedua-dia penunggang terbabit meminta pemandu wanita itu membuat laporan polis namun dia terus memecut melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Menurutnya, polis sudah berjaya mengesan wanita berusia 52 tahun dan tangkapan kini sedang dijalankan.

 

“Tiada kecederaan dilaporkan dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi.

 

See also  Polis ‘sekolahkan’ pengguna ekzos bising

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ampang Jaya,” katanya.

 

Terdahulu, video wanita berkenaan melarikan diri tular di media sosial.

 

Video berdurasi seminit itu menunjukkan wanita berkenaan dalam keadaan tidak sedar dan mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

 

Ketika diminta untuk membuat laporan polis wanita terbabit terus memecut laju melarikan diri.

See also  Masalah rumah tangga punca askar mengamuk tembak diri sendiri

▶️Harian Metro

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {VIDEO} Wanita mabuk langgar dua motosikal " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385545
Users Today : 1623
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17308
Users Last 30 days : 60861
Users This Month : 12549
Users This Year : 385544
Total Users : 385545
Views Today : 2485
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25651
Views Last 30 days : 92784
Views This Month : 18570
Views This Year : 593264
Total views : 593265
Who's Online : 9
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares