TUTUP PREMIS PERNIAGAAN KENDALIAN WARGA ASING
Beberapa siri tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh DBKL pada 16 Mac 2021 di sekitar Parlimen Titiwangsa dan Wangsa Maju.

Tindakan menutup premis di bawah Sek 101(1)(v) AKT 1976 atas kesalahan premis perniagaan dikendalikan oleh bukan warganegara (tukang gunting rambut) tanpa kebenaran daripada DBKL dilaksanakan terhadap KEDAI GUNTING RAMBUT IDI, Jalan Keramat dan JUFILA AZ ENTERPRISE, Jalan Dato’ Keramat.
Manakala di Parlimen Wangsa Maju tindakan penguatkuasaan dilaksanakan di sekitar Danau Kota dan Prima Setapak di mana 5 tindakan pindah halangan di bawah sek 46(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana meletakkan halangan di tempat awam.
Turut dilaksanakan penutupan dan tindakan sita gerai di bawah Sek 101(1)(v) AKT 1976 kerana gerai berlesen yang dikendalikan oleh bukan warganegara (Indonesia).
Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.
#klbandarku
#KLbandaruntuksemua






Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " TUTUP PREMIS PERNIAGAAN KENDALIAN WARGA ASING " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.