Bangkai ayam pun jual

Bangkai ayam pun jual

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

18 Mac 2021, 2:47 pm

 

SEBERANG PERAI – Bangkai seekor ayam ditemui bersama beberapa ekor ayam hidup yang dijual di sebuah kedai runcit di Taman Perwira, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Ia ditemui di dalam bilik air di belakang premis semasa Operasi Caras yang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri di lima buah kedai runcit di sekitar kawasan tersebut.

See also  Pak Su Mie OKU BERJIWA BESAR, PATUT JADI CONTOH  PADA MASYARAKAT

 

Ayam-ayam hidup berkenaan dipercayai untuk dijual kepada warga asing di kawasan perumahan itu.

 

Difahamkan, ayam mati tersebut tidak dijual, namun dipercayai tidak disedari peniaganya biarpun sudah berair.

 

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, bangkai ayam berkenaan dijumpai di dalam bekas kurungan ayam yang masih hidup.

See also  Netizen ditipu warga emas dakwa ditinggal di rumah orang tua

 

“Berdasarkan pemeriksaan, ayam terbabit dipercayai mati sejak empat hari lepas.

 

“Kita turut menemui peralatan penyembelihan ayam dan memang membimbangkan sekiranya mereka menjual ayam tercemar kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita hari ini.

 

Beliau berkata, pemeriksaan di sebuah premis lain turut mendapati bekalan air mineral disimpan di dalam tandas selain mengesan kesalahan tidak mempamerkan notis amaran minuman keras.

 

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan lima notis membabitkan nilai kompaun berjumlah RM22,500 pada operasi itu. – K! ONLINE

See also  Peniaga Viral Video telah ditawar lot niaga Pasar Harian Selayang, pernah dikompaun tiga kali – Wilayahku
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bangkai ayam pun jual " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

385646
Users Today : 1724
Users Yesterday : 2680
Users Last 7 days : 17409
Users Last 30 days : 60962
Users This Month : 12650
Users This Year : 385645
Total Users : 385646
Views Today : 2640
Views Yesterday : 3986
Views Last 7 days : 25806
Views Last 30 days : 92939
Views This Month : 18725
Views This Year : 593419
Total views : 593420
Who's Online : 7
Your IP Address : 34.231.21.105
Server Time : 2022-12-06
0Shares