Penonton boleh hadir ke stadium saksi Liga Malaysia mulai 1 April

Penonton boleh hadir ke stadium saksi Liga Malaysia mulai 1 April

 

PERLAWANAN dalam Liga Malaysia dijangka lebih menarik dengan kebenaran diberikan kepada penonton untuk hadir ke stadium dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

18 Mac 2021, 6:33 pm

 

PUTRAJAYA: Kerajaan membenarkan kemasukan penonton ke stadium atau lokasi bagi kejohanan-kejohanan sukan seperti Liga Malaysia tertakluk kepada syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai percubaan awal untuk menilai keberkesanan Protokol Pengurusan Penonton, perlawanan bola sepak dalam Liga Malaysia (MFL) dibenarkan dahulu bagi kemasukan penonton berkuat kuasa 1 April ini.

See also  Disaman RM1 juta, 20 peguam bersedia tawar khidmat kepada pelajar perempuan

 

Menurut beliau, antara syarat itu ialah bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB), kapasiti penonton adalah 10 peratus atau 2,000  orang (mana-mana yang lebih rendah) dengan  kawalan penyeliaan sepanjang masa.

 

Bagi kawasan PKP Pemulihan (PKPP) pula, sebanyak 25 peratus kapasiti penonton atau 8,000  orang (mana-mana yang lebih rendah) dengan kawalan penyeliaan sepanjang masa.

 

“Walau bagaimanapun, semua penganjuran kejohanan dengan kehadiran penonton adalah tertakluk kepada kebenaran oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

See also  Ringkasan Belanjawan Malaysia 2022

 

“Di samping itu, pihak KBS, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan akan turut  memantau dan membuat penilaian pematuhan protokol yang ditetapkan khususnya dalam aspek pergerakan, kemasukan dan penyuraian penonton semasa perlawanan tersebut nanti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

 

Ismail Sabri memberitahu, antara SOP yang perlu dipatuhi adalah seperti tiket hanya dijual secara dalam talian (online) sahaja, penjarakan fizikal minima 1.5 hingga 2 meter di antara setiap penonton dan operasi jualan hanya dibenarkan di kedai sedia ada di kawasan stadium venue sahaja.

 

See also  Viral rakaman penduduk solat Aidilfitri depan rumah, “Memang terbaik”

Katanya, pergerakan masuk dan keluar penonton adalah secara berjadual dan tersusun manakala SOP terperinci pengurusan penonton yang lain boleh dirujuk dalam laman web KBS dan MKN. – UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penonton boleh hadir ke stadium saksi Liga Malaysia mulai 1 April " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156767
Users Today : 608
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23422
Users Last 30 days : 78853
Users This Month : 50492
Users This Year : 156766
Total Users : 156767
Views Today : 1129
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35542
Views Last 30 days : 121479
Views This Month : 77680
Views This Year : 240070
Total views : 240071
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.235.140.84
Server Time : 2022-08-19
0Shares