DBKL sita rumah urut, restoran gajikan warga asing

DBKL sita rumah urut, restoran gajikan warga asing

 

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengusaha restoran terbabit dikesan melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing manakala rumah urut disyaki menawarkan aktiviti pelacuran

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebuah restoran dan premis rumah urut haram di Jalan Tun Tan Siew Sin dan Jalan Kuchai Maju pada Rabu.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, pengusaha restoran terbabit dikesan melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing manakala rumah urut disyaki menawarkan aktiviti pelacuran.

See also  Lesen batal jika warga asing kahwin penduduk tempatan untuk berniaga

 

“Hasil serbuan dijalankan di dua lokasi tersebut mendapati sebuah premis tidak mempunyai lesen perniagaan dan sebuah lagi premis melanggar syarat lesen dengan menggajikan warga asing tanpa kebenaran.

 

“Menerusi aduan yang diterima, DBKL telah membuat pemantauan dan mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral di premis urut berkenaan,” katanya.

 

Hasil serbuan DBKL di Jalan Kuchai Maju pada Rabu mendapati sembilan wanita warga Thailand dan Vietnam berada di dalam premis urut.

See also  Dipukul Bangla dengan batang besi

 

Menurutnya, DBKL mengeluarkan dua notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan tiga notis di bawah UUK 20(1)(b) undang-undang sama.

 

Kedua-dua premis diarahkan tutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

“Hasil serbuan di Jalan Kuchai Maju mendapati sembilan wanita warga Thailand dan Vietnam berada di dalam premis urut, manakala di Jalan Tun Tan Siew Sin terdapat tiga lelaki warga Bangladesh bekerja tanpa kebenaran di premis perniagaan berkenaan.

See also  LELAKI VIETNAM SIMPAN, JUAL HIDUPAN LIAR MALAYSIA DIBERKAS

 

“DBKL menyita 25 peralatan di premis urut termasuk kamera litar tertutup (CCTV), kondom, monitor minyak pelincir dan lain-lain,” katanya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " DBKL sita rumah urut, restoran gajikan warga asing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376396
Users Today : 1930
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16496
Users Last 30 days : 61885
Users This Month : 3400
Users This Year : 376395
Total Users : 376396
Views Today : 2874
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24875
Views Last 30 days : 95504
Views This Month : 5151
Views This Year : 579845
Total views : 579846
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares