Banduan saringan Covid19 lolos berjaya ditahan

Banduan lolos berjaya ditahan

Johor Bahru: Banduan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi (Kem Program Latihan Khidmat Negara) Padang Hijau, Batu 13, Jalan Mersing-Kluang dekat Kluang, petang semalam, berjaya ditahan polis hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada 6.15 petang di kawasan perumahan Ladang Cattle Queen, Padang Hijau, Kluang hasil maklumat orang awam yang melihat seorang lelaki terbabit di kawasan berkenaan.

See also  Banduan larikan diri, polis Sibu lancar gerakan memburu

 

“Banduan berkenaan merupakan pesalah yang sudah dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 25 Februari lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan malam ini.

 

Pada 4.50 petang semalam, polis menerima panggilan daripada warden penjara yang memaklumkan bahawa empat lelaki tempatan cuba melarikan diri dari pusat tahanan itu.

See also  Polis buru banduan lolos

Menurut warden itu, tiga daripada lelaki terbabit berjaya ditahan, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kempat-empat banduan sudah dituduh di mahkamah dan dihantar ke pusat tahanan itu untuk tapisan keselamatan Covid-19 selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh dekat sini.

See also  Dakwaan tidak benar bayar wang perlindungan kepada polis setiap bulan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Banduan saringan Covid19 lolos berjaya ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

367423
Users Today : 2335
Users Yesterday : 1707
Users Last 7 days : 12055
Users Last 30 days : 64402
Users This Month : 56441
Users This Year : 367422
Total Users : 367423
Views Today : 3484
Views Yesterday : 2573
Views Last 7 days : 18380
Views Last 30 days : 99521
Views This Month : 87322
Views This Year : 566388
Total views : 566389
Who's Online : 12
Your IP Address : 18.207.136.189
Server Time : 2022-11-28
0Shares