Jambatan gantung dalam pembinaan runtuh

Jambatan gantung dalam pembinaan runtuh

 

JELI: Lebih 10 pengunjung yang sedang merakam gambar di jambatan gantung di Lata Keding di sini, terjatuh ke dalam anak sungai apabila jambatan dalam pembinaan itu tiba-tiba runtuh.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, jambatan sepanjang 40 meter itu dipercayai runtuh akibat gagal menampung kapasiti pengunjung yang berlebihan.

 

See also  {VIDEO} Polis tahan 2 lelaki gaduh di luar restoran

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan bergegas ke lokasi peranginan yang dimiliki pihak persendirian itu.

 

“Mengikut maklumat yang diterima, kira-kira 10 pengunjung sedang berada di atas jambatan gantung setinggi 4.5 meter.

 

“Tiba-tiba jambatan yang sedang dalam pembinaan itu runtuh menyebabkan semua mereka terjatuh ke dalam anak sungai dan binaan itu juga turut terkena pengunjung lain yang sedang mandi.

See also  [VIDEO]Seorang banduan lolos semasa berbaris menaiki trak Polis

 

“Notis mengenai pemberitahuan bahawa jambatan itu sedang dalam pembinaan sudah ditampal namun ada juga pengunjung yang tidak mengendahkannya mungkin disebabkan teruja dengan kewujudan jambatan gantung itu,” katanya.

 

Ahmad berkata, ada beberapa daripada mangsa cedera dan sudah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan lanjut.

▶️Berita Harian

See also  Jurutera TNB Tidak jadi bunuh diri sebab nampak kelibat buaya
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jambatan gantung dalam pembinaan runtuh " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156715
Users Today : 556
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23370
Users Last 30 days : 78801
Users This Month : 50440
Users This Year : 156714
Total Users : 156715
Views Today : 996
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35409
Views Last 30 days : 121346
Views This Month : 77547
Views This Year : 239937
Total views : 239938
Who's Online : 5
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares