16 ditahan kerana bergaduh akibat vape

.

16 ditahan kerana bergaduh akibat vape

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI

21 Mac 2021, 10:19 pm

 

KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu pergaduhan yang terjadi di sebuah pusat beli belah di Jalan Bukit Bintang di sini semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal yang dilakukan mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung penggunaan rokok elektronik (vape).

 

“Berdasarkan siasatan, berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan kumpulan terbabit apabila salah seorang daripada rakan mereka berada dalam keadaan khayal dan pengsan selepas menghisap vape.

See also  Suspek rogol,liwat dan bunuh kerani direman 7 hari

 

“Kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun dan ujian saringan air kencing pula mendapati mereka negatif dadah,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

 

Menurut Mohamad Zainal, kesemua tangkapan direman selama tiga hari bermula hari ini untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan Akta 574.

See also  Anggota bomba diserang dari belakang selepas didakwa lewat tiba memadamkan kebakaran

 

“Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang sedia ada dan tidak menularkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam.

 

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03 2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujar beliau.

 

Terdahulu, satu video berdurasi 21 saat tular di laman media sosial memaparkan tindakan sekumpulan individu memukul seorang lelaki di pekarangan sebuah pusat beli belah di ibu negara. – K! ONLINE

See also  Polis kesan lelaki cabul wanita di kedai vape

#Updateinfo

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 16 ditahan kerana bergaduh akibat vape " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148589
Users Today : 196
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23895
Users Last 30 days : 79987
Users This Month : 42314
Users This Year : 148588
Total Users : 148589
Views Today : 259
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36545
Views Last 30 days : 122761
Views This Month : 64675
Views This Year : 227065
Total views : 227066
Who's Online : 18
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares